BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Miti, 10 syarikat meterai MoU

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mustapa (enam, kanan) bersama 10 wakil syarikat anchor di majlis menandatangani MoU pelaksanaan PPV Bumiputera di Kuala Lumpur, semalam.


KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjangkakan sebanyak lima syarikat dalam bidang perkhidmatan akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera dengan kementeriannyamenjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Miti mengadakan MoU bersama 10 syarikat anchor, semalam, membuktikan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam memperkasa ekonomi Bumiputera.

Menurutnya, antara syarikat terlibat ialah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard, Chemical Company Of Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, CelcomA xiata, Simer Darby, UEM, Go Auto dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd.

“PPV berstruktur dan sempurna akan dapat diwujudkan melalui pelaksanaan MoU. Kita mengalu-alukan syarikat lain dan sebanyak tiga syarikat lagi akan mengadakan MoU dengan Miti. Tujuan MoU untuk menggalakkan syarikat anchor mengadakan program kepada vendor, menjelaskan peranan vendor untuk memastikan harga kos dan lain- lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis MoU Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera bersama 10 vendor, di Kuala Lumpur, semalam.

Mustapa berkata, melalui PPV, syarikat vendor akan diberikan bimbingan teknikal, khidmat nasihat bagi mencapai tahap daya saing yang akan membolehkan mereka bersaing di pasaran terbuka dan seterusnya global.

Katanya,pada 2013, sebanyak tujuh syarikat anchor mempunyai PPV yang berstruktur dan empat daripadanya merupakan syarikat GLC berprestasi tinggi manakala tiga lagi adalah syarikat tempatan.

“Di bawah tujuh syarikat ini, sebanyak 1,620 syarikat vendor didaftarkan dan berpeluang menikmati nilai perolehan sebanyak RM38.3 bilion daripada anchor masing- masing,” katanya.

Menurutnya, Miti menyasarkan lebih banyak syarikat vendor tempatan yang berjaya menguasai pasaran tempatan menembusi pasaran luar negara pada masa akan datang.

“Banyak syarikat vendor dibangunkan, dibimbing dan menerima bantuan kerajaan akan berpeluang ke pasaran luar dibantu oleh anchor yang berada di luar negara,” katanya.

Menurutnya, program vendor adalah program yang berstruktur dan tujuan diadakan memorandum persefahaman (MoU) di antara syarikat anchor untuk memastikan ia mempunyai kaedah, sistem dan syarat.
 
Back
Top
Log in Register