BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri tandas berkunci

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Mangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi.
< 1 / 1 >
BATU FERRINGHI - Penemuan mayat seorang lelaki mengungkai misteri sebuah tandas berkunci selama tiga hari di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Salah seorang kakitangan berkata, ia adalah kejadian pertama kali yang berlaku di situ sejak stesen berkenaan dibuka dua tahun lalu.

Menurutnya, salah seorang rakannya terhidu bau busuk dari dalam tandas berkenaan dan berasa tidak sedap hati.

“Lalu kami mengambil langkah memecahkan pintu tandas kerana ia terkunci dari dalam tandas.

“Rupa-rupanya ada mayat dalam tandas tersebut dan kelihatan sudah lama kerana mukanya seperti kebiru-biruan, kemudiannya kami menghubungi anggota polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Kakitangan tersebut turut memaklumkan kerja pembersihan tandas dilakukan setiap hari tanpa gagal.

Namun ketika kerja pencucian hendak dilakukan, pekerja pembersihan mendapati salah satu tandas berkenaan dikunci dari dalam dan menyangka ada orang yang sedang menggunakannya.

Tambahan pula, stesen berkenaan sememangnya menjadi tumpuan berikutan terletak berhampiran restoran makanan segera 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, mangsa, Wong Nun Hwa, 42, dari Mount Erskine itu didapati mati akibat penyakit sawan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah direkodkan dan mangsa hanya mati disebabkan serangan sawan berkenaan.

sumber:Mangsa ditemui mati terlentang dalam salah sebuah tandas di stesen minyak Batu Ferringhi.

emph2... kesian.. pasni berak jgn kunci pintu.
 
lopeh ni ado penampakan hantu lelaki baju biru lebam2 tanpo seluar..
sdg makan di restoran mkanan sgere dkt stesen minyak tu...

muahhhahahaaahahohoho
 
mati kene sawan ke? tapi memang sawan ni bahaya..x kira masa boleh kene...yg aku pernah tgk live depan mata dulu masa kat bus stand pun ada yg kene sawan..berbuih2 mulut..nasib baik ramai org boleh tolong...macam kes ni dah kompem dia sorang2 dlm bilik air...
 
mati sawan...tak leh wat ape laa..
kat toilet pulak tu..tak dapat org nk tolong
 
klo guna malam2 confirm ada orang ketuk pintu..suh cepat sikit
 
Back
Top
Log in Register