BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri posmen tendang pasu

linda the Octoberist

Fun Poster
Messages
719
Joined
Apr 17, 2008
Messages
719
Reaction score
15
Points
15
PORT DICKSON - Sudah melampau! Seorang penduduk di Taman Ria Batu 2 1/2, di sini berang dengan tindakan seorang posmen yang didakwanya sengaja memecahkan dua pasu miliknya ketika menghantar surat di rumahnya.

Noorhafiza Maamin, 26, ibu kepada dua orang anak itu mendakwa, perbuatan itu memang disengajakan kerana sebelum ini posmen terbabit pernah beberapa kali menendang pasu yang terletak di depan rumahnya.

"Saya tak tahu kenapa posmen itu bertindak demikian. Saya tidak pernah buat hal atau kenal dia.

"Mungkin pasu itu mengganggu dia untuk meletak surat di dalam peti surat. Jika ia menghalang dia (posmen) kena bagi tahu saya jika ada sebarang masalah dan bukannya mengambil keputusan sendiri merosakkan harta saya.

"Sudah melampau dan kurang ajar, tidak pandai berkomunikasi. Kejadian ini bukan saya yang nampak tetapi disaksikan jiran-jiran lain," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dakwa Noorhafiza, ketika kejadian kira-kira 10 pagi semalam, dia nampak posmen itu tendang pasu itu dan bertindak memanggilnya sebelum posmen berkenaan melarikan diri.

p/s:- posmen psycho daaa :eek:
 
posmen tu tgh training nak jd kungfu panda kot..
 
kalau kat taman perumahan, takleh letak apa2 kecuali 1 tong sampah di luar pagar.

kalau susun pasu macam nursery, bukan posmen je yg tension.
kenderaan yg nak berselisih, orang nak parking, budak2 nak main.
sumer tension.

setiap perbuatan mesti ada sebab !
 
tuan rumah boleh disaman kerana menggangu lalulintas !
 
Back
Top
Log in Register