BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri Gerbang Padang Pasir

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
gerbangmisteri.ashx


PERTH: Ahli arkeologi menemui 400 struktur batu misteri di pinggir gunung berapi yang dipercayai berusia sehingga 7,000 tahun di kawasan padang pasir terpencil di wilayah Harrat Khaybar di Arab Saudi.


Struktur batu yang ditemui menggunakan aplikasi Google Earth itu digelar sebagai 'pintu gerbang' kerana ia kelihatan seperti objek tersebut jika dilihat dari atas.

Ia dibina di kubah lava purba di mana kepanjangan sebahagian daripadanya berukuran empat kali ganda saiz biasa padang bola sepak.

Penyelidik di University of Western Australia, David Kennedy berkata, tujuan binaannya dan usia sebenar struktur tersebut masih tidak diketahui.

"Pintu gerbang tersebut dibina daripada batu manakala dindingnya dihasilkan secara kasar dan rendah. Sisa aliran lava boleh dilihat pada permukaan sebahagian struktur tersebut yang menandakan usianya adalah lebih tua daripada aliran lahar tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, pintu gerbang paling kecil berukuran 13 meter (m) panjang manakala yang terpanjang adalah 518 m, lapor Daily Mail.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/10/21/gerbang-padang-pasir/#ugz5DQMf0UbI4pFR.99
 
Salah satu gerbang tempat keluar yajuj makjuj mungkin.
 
Pelik juga ye.. pintu gerbang betul ke.. kalau pintu gerbang betul maknanya suatu masa dulu kat bawah tu mungkin ada tempat tinggal. Tapi pelik pula ada tempat tinggal di pinggir gunung berapi.. :-?:-?
 
bukak google earth cari x jumpe...
 
cuba tengok kt 24.994539, 39.934516
tanda ape tu
 
Back
Top
Log in Register