BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misteri dua tiang terbiar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


RANTAU PANJANG – Dua tiang yang terletak di tepi jalan berhampiran simpang masuk ke Taman Hidayah di sini, menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.

Orang ramai tertanya-tanya ke mana perginya papan tanda berkenaan yang mampu menjejaskan pemandangan di laluan utama Rantau Panjang Pasir Mas ini.

Sekali pandang, ada yang menganggapnya berpunca daripada gejala vandalisme di kawasan ini.

Bagaimanapun, ada juga yang mengesyaki kehilangan papan tanda ini berpunca daripada mat gian yang mengambil jalan pintas mencuri serta menjual aluminium ini untuk mendapat wang segera.

Seorang pengguna dikenali Asmaliza, 25, berkata, kewujudan tiang papan tanda itu menyebabkan dia curiga berikutan sejak akhir-akhir ini ia sering menjadi mangsa mat gian.

Menurutnya, golongan ini sedar mereka boleh memperoleh pulangan apabila menjual kepingan aluminium ini.

“Justeru, pihak berkuasa harus memantau keadaan di sini memandangkan jalan ini merupakan laluan utama dan pekan Rantau Panjang pula menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sekiranya papan tanda berkenaan penting, ia harus diganti segera,” katanya.

Amaliza berkata, tiang yang tidak membawa sebarang makna ini harus segera dibuang.

Menurutnya, jika wujudnya gejala vandalisme pula, pihak yang bertanggung jawab harus bertindak pantas kerana dikhuatiri akan turut menyebabkan kemudahan lain juga akan turut menjadi mangsa.

“Saya rasa tidak ada kepentingan tiang berkenaan terpacak di situ kerana ianya langsung tidak memberikan sebarang erti kepada pengguna.

“Sekiranya ianya disebabkan gejala vandalisme, kerajaan akan mengalami kerugian kerana terpaksa menggantikannya dengan yang baru,” katanya.

sumber
 
misterinye...naik seram plak la..
 
Pun dijadikn isu..berita dr mn laa nih..xde idea dh ke...haha..misteriiiiiiiiiiiii.....huhuhhh
 
Mesti salah kerajaan pas,hahaha boleh masuk parlimen untuk didebatkan, hehehe
 
Back
Top
Log in Register