ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Abdul Fattah (kiri) menunjukkan gambar yang diambil menggunakan smart tv selepas menghadiri Majlis Taklimat Program Pembangunan Koperasi Sekolah 2015 Peringkat Negeri Perak.
IPOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan sebanyak 50 koperasi sekolah di negara ini mampu mencapai perolehan RM1 juta menjelang tahun 2020.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini dua koperasi sekolah berjaya mencapai perolehan tersebut iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kelantan.
Menurutnya, pada 2015, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 10 koperasi sekolah di negara ini mampu mencapai perolehan disasarkan itu.
"Kedua-dua koperasi sekolah berkenaan mencapai perolehan yang disasarkan melalui cara berbeza.
"Bagi MRSM, mereka menjalankan perniagaan seperti dobi, kedai runcit, taska dan kafeteria manakala sekolah harian pula menjalankan perniagaan peruncitan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Taklimat Program Pembangunan Koperasi Sekolah 2015 Peringkat Negeri Perak di sini, semalam.
Katanya, pihaknya telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan pengusaha kantin dan pengetua sekolah untuk membekalkan bahan mentah serta barangan keperluan lain.
"Sebagai contoh, kantin sekolah boleh mendapatkan bekalan bahan kering secara terus daripada koperasi sekolah mereka. Manakala pengetua pula perlu memberi sokongan penuh agar perkara tersebut dapat direalisasikan dengan baik.
"Pada masa yang sama, ebihan pendapatan diperoleh melalui koperasi sekolah boleh digunakan untuk membiayai program tanggungjawab sosial korporat (CSR), membantu pelajar miskin dan sebagai tabung untuk dipinjamkan kepada guru yang berpindah ke tempat baharu," katanya,
Beliau berkata, pada 2013, sebanyak RM312.9 juta berjaya diperoleh daripada 2,300 koperasi sekolah dengan ahli seramai dua juta orang dan tahun berikutnya dijangka mampu mencapai sehingga RM350 juta.