BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Misi berbasikal jelajah UK

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pak Wan mempunyai stamina yang baik walaupun usianya hampir mencecah 70 tahun.
< 1 / 1 >
MUAR - Bakal menginjak usia 70 tahun hadapan, namun ia tidak mematahkan semangat pengayuh basikal warga emas untuk mencipta satu lagi rekod dengan berkayuh basikal secara solo menjelajah United Kingdom (UK).

Wan Hasim Wan Mahmood bercadang, melakukan misi tersebut April tahun hadapan membabitkan jarak lebih 8,000 kilometer dan dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan.

“Penjelajahan bermula di London, England sebelum memasuki Wales, Ireland Utara, Scotland dan kemudiannya berakhir di London semula.

“Dijangkakan lebih 150 bandar utama di keempat-empat negara termasuk lokasi bersejarah dan pelancongan akan dilalui,” katanya.

Dia yakin dapat menyempurnakan misi itu memandangkan ada pengalaman mengelilingi Semenanjung Malaysia dan Asia Tenggara sejauh 10,000 kilometer sebelum ini.
“Saya sedang membuat kajian mengenai bentuk muka bumi di sana melalui internet.

“Saya juga gemar membaca buka tulisan bekas pengayuh basikal pertama dari England, Johd O’Croats, dari situ saya dapat tahu pengalamannya yang boleh dijadikan panduan sepanjang di sana nanti,” katanya.

Bapa enam anak itu berkata, berkayuh basikal dalam jarak jauh menguji ketahanan fizikal dan mental, namun dia mempunyai pendekatan tersendiri mengekalkan stamina.

“Walaupun ada setahun lagi, saya sudah membuat persiapan dengan membuat kayuhan sekurang-kurangnya 20 kilometer setiap hari.

“Selain itu saya juga amalkan pemakanan seimbang serta melebihkan minum air mineral dan makan buah pisang sebagai pembekal tenaga segera sepanjang berkayuh,” katanya.

Dia yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan berkata, kos penjelajahan dianggar RM90,000 dan memerlukan sumbangan bagi merealisasikannya.

Jelasnya, tujuan penjelajahan itu untuk memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa di setiap lokasi dilalui sepanjang kayuhan.

Dia diiktiraf pengayuh solo lelaki tertua mengelilingi Semenanjung Malaysia oleh Malaysia Book of Records pada Februari tahun lalu.

Dua bulan selepas itu, Wan Hashim mengelilingi Vietnam, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Singapura dengan tajaan beberapa pihak termasuk Kerajaan Kelantan dan sebuah syarikat telekomunikasi.
 
kos penjelajahan dianggar RM90,000 dan memerlukan sumbangan bagi merealisasikannya.

boh la pakcik eh..umur dah lanjut..

baik buat benda lain yang lagi berfaedah..
 
pakcik guna la duit kwsp ...
 
Pakcik pegi buat ziarah dari masjid ke masjid lagi elok weh...
 
duit tu bantu ajar anak yatim, lagi bagus la...
 
heran aku...suka sgt menjelajah negara org...pi la menjelajah 1 malaysia dulu...terutama sebelah sarawak nu...
 
Back
Top
Log in Register