BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Minyak Selusuh & Doa Selusuh

Stokis RajaBio

Freshie
Messages
33
Joined
Dec 15, 2011
Messages
33
Reaction score
0
Points
6
Pelbagai kaedah atau amalan dipraktikkan oleh ibu-ibu yang mengandung untuk memudahkan kelahiran anak, atau lebih senang disebut bersalin. Ada yang berlatih untuk bersalin di dalam air (water birth), ada yang aplikasikan kuasa minda, dan sebagainya.

Bagi yang senang dengan cara tradisional, ada satu ikhtiar lagi yang boleh digunakan iaitu menggunakan minyak selusuh (boleh juga dibuat air selusuh).

Dari segi keutamaan, seelok-eloknya suami yang membacakan doa-doa ini bagi penyediaan minyak selusuh. Dari segi psikologi juga, isteri akan merasakan suami menyayanginya justeru dapat menenangkan perasaan isteri ketika menghampiri saat-saat kelahiran.

Berikut ialah kaifiyyat penyediaan minyak selusuh:

(i) Surah Al-Fatihah

(ii) Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

(iii) Salawat Syifa'

(iv) Doa Selusuh

(v) Doa Pemudah

Dari segi penggunaan, didapati ada pelbagai cara. Pada umumnya, diminum atau disapu kira-kira seminggu sebelum tarikh kelahiran. Berdasarkan pengalaman, sewaktu di wad bersalin, ada jururawat di hospital swasta (muslimah) yang turut terpanggil untuk menyapukan minyak selusuh di perut ibu yang mengalami kesukaran bersalin.

Selain amalan minyak selusuh, banyakkanlah berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah supaya dimudahkan proses bersalin.

Komentar SRB: Bagi suami atau ibu mengandung yang ingin menyediakan minyak selusuh, tetapi kurang arif bagaimana membuat minyak kelapa sendiri, anda boleh menjadikan RajaBio Minyak Kelapa Dara sebagai minyak selusuh. Dengan syarat dibacakan doa selusuh yang dinyatakan di atas. Berdasarkan pengalaman seorang ibu mengandung yang pernah mengamalkan minyak selusuh, didapati rasa RajaBio lebih senang diterima tekak dan baunya tidak tengik. Apapun, setiap orang ada cita rasa masing-masing. :-)


Kredit kaifiyyat:

Amran Kasimin & Haron Din. 1997. Doa & Rawatan Penyakit (ii). Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. hlm. 178-182.

Haron Din. 2008. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bandar Baru Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'). hlm. 26.


Nota:

Anda boleh mendapatkan RajaBio Minyak Kelapa Dara dengan cara SMS (sahaja) ke talian 013-675 6090.

Atau dapatkan terus (cash-on-delivery) daripada wakil jualan berikut:

- Tawfik (Puchong, PJ [USJ, Kelana Jaya, belakang UM] & Shah Alam [tidak termasuk UiTM]; 012-411 5691),

- Azman (Putrajaya & Seremban 2; 010-221 4600),

- Fikri (Parit Buntar & Seberang Perai Selatan; 019-547 4892).

1328272419_310564559_5-RajaBio-Minyak-Kelapa-Dara-For-Sale.jpg
 
Menghantar 4 botol RajaBio kepada Puan A di Kajang baru-baru ini. Besar kemungkinan beliau hendak jadikan minyak selusuh, selain untuk kegunaan-kegunaan lain.

Kami mendoakan beliau dipermudahkan kelahiran cahaya matanya yang dijangka pada bulan April ini. Dengar khabarnya kali ini bayi perempuan pula. Amin.
 
PENGUMUMAN: Penstrukturan Semula Kawasan Wakil Jualan RajaBio di Putrajaya

Seperti mana telah sedia maklum, wakil jualan RajaBio bagi kawasan Putrajaya ialah saudara Azman (010-221 4600).

Walau bagaimanapun, kerana kekangan masa, atas permintaan beliau sendiri sebentar tadi, maka kawasan liputan beliau bagi jualan RajaBio di Putrajaya kini dihadkan kepada Presint 4 sahaja, lebih khusus lagi kawasan Persiaran Perdana sekitar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, bagi kawasan Seremban khususnya Seremban 2, beliau masih bersedia membekalkan RajaBio seperti biasa.

Selaras dengan penstrukturan semula kawasan wakil jualan RajaBio di Putrajaya ini, bagi memenuhi permintaan pengguna RajaBio di kawasan selain Presint 4, tanggungjawab tersebut kini diserahkan kepada saudara Tawfik (012-411 5691). Beliau sedia menghantar RajaBio terus kepada anda di mana-mana jua kawasan di Putrajaya. Kos penghantaran percuma.

Sekian, dimaklumkan.
 
Back
Top
Log in Register