BTC USD 80,465.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minyak Naik????

suatu masa nanti bila minyak naik harga kita semua boleh senyum lebar lebar..
skrg nih kan dah ade kereta bule pakai air tu..
jgn air naik harga plak dah la..:)
 
mcm mana la nak beli kete hybrid...invest sume kena scam...kalau kumpul duit tu gerenti dah boleh buat d/payment dah... :cry:
 
lazman said:
suatu masa nanti bila minyak naik harga kita semua boleh senyum lebar lebar..
skrg nih kan dah ade kereta bule pakai air tu..
jgn air naik harga plak dah la..:)
air pun bukan air biasa,, kena campur ngan chemical jugak..
kiranya kena pakai modal gak la.. bukannya boleh amik air sesuka hati pas tu tuang dalam tangki :badgrin:
 
ryuuko said:
mcm mana la nak beli kete hybrid...invest sume kena scam...kalau kumpul duit tu gerenti dah boleh buat d/payment dah... :cry:

kekeke. usaha is the staircase of success. cuba lagi. hehehe
 
KrisSMerah said:
ryuuko said:
mcm mana la nak beli kete hybrid...invest sume kena scam...kalau kumpul duit tu gerenti dah boleh buat d/payment dah... :cry:

kekeke. usaha is the staircase of success. cuba lagi. hehehe

gambateh!!! :-D :-D
 
Harga minyak dunia dijangka kembali meningkat

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Harga semasa minyak mentah dunia yang rendah, diramal akan kembali meningkat melepasi paras AS$60 setong, kata para penganalisis tempatan.

Kejatuhan itu dijangka tidak berterusan kerana negara-negara pengeksport minyak akan mengurangkan bekalan dan permintaan dijangka meningkat dengan kedatangan musim sejuk tidak lama lagi, kata mereka.

‘‘Kedua-dua faktor ini akan memastikan harga minyak mentah sentiasa melepasi paras AS$60 setong,’’ kata salah seorang penganalisis berkenaan.

Harga minyak mentah telah jatuh sekitar 25 peratus sejak mencatat rekod tertinggi pada bulan Julai dan Ogos kerana pasaran semakin tidak mengendahkan kebimbangan geopolitik dan lebih tertumpu kepada bekalan yang menggalakkan.

Harga minyak mentah bermutu tinggi bagi hantaran bulan November di New York, Jumaat lalu telah ditutup pada paras AS$59.76 setong.

Penganalisis Malaysian Rating Corporation Bhd. (MARC), Ahmad Najib Nazlan berkata, buat masa sekarang, harga minyak mentah global berada pada tahap yang stabil dan sedang mengalami sesi pembetulan.

Walau bagaimanapun, kata beliau, kenyataan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) baru-baru ini yang menggesa ahli-ahlinya mengurangkan bekalan harus dipandang serius.

OPEC dilaporkan telah bersetuju secara tidak rasmi untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak sejuta tong sehari atau 4.0 peratus untuk menaikkan harga komoditi itu.

“Kejatuhan berterusan harga minyak mentah menjadi kos kepada para pengeksport komoditi itu dan mereka pastinya tidak mahu mengurangkan perolehan dan keuntungan di dalam pasaran yang bersifat oligopoli,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak melihat wujudnya faktor-faktor kejatuhan harga minyak mentah pada masa ini tetapi lebih kepada kenaikan bahan mentah itu kerana diburukkan lagi dengan krisis Lebanon dan Asia Tengah.

Sementara itu, Penganalisis OSK Research Sdn. Bhd., Chris Eng pula berkata, pihaknya berpendapat harga minyak mentah akan mengalami sesi lonjakan semula selepas ini sebelum tibanya musim sejuk.

“Pada masa ini, harga minyak mentah sedang tercari-cari hala tuju dan kenyataan oleh Presiden OPEC baru-baru ini menguatkan tanggapan bahawa harga minyak mentah akan melonjak semula ke paras lebih AS$60 setong, selain faktor musim sejuk,” jelasnya.
Sumber Berita.
* harga naik.. kerajaan mesti kecoh punya...
 
the_vangardx said:
keta kalau beli kat langkawi leh pakai kat tempat lain?
boleh..tapi hanya boleh pakai tak lebih 1 bulan je..lepas tu kena masuk langkawi balik...kalo tak salah aku la...
 
Ingat lepas ni kite kena usha guna keter yg guna Hydbrid or Biodiesel. Baru leh jimat skek. Alternatif untuk guna minyak mmg banyak dan negar kite sedang ke arah itu.:D






___________________________________________________
http://winning-solution.org/?id=manCatur
 
Back
Top
Log in Register