BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minum air lipas mati

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA: Seorang bakal pengantin terkejut selepas menyedari minuman yang dinikmati ketika bersarapan bersama beberapa rakan di sebuah gerai di sini mengandungi lipas yang sudah mati.

Lebih malang, kehadiran lipas itu hanya disedari sebaik saja mangsa, Maisara, 26, menghabiskan minuman berkenaan.

Maisara berkata, beliau hampir muntah apabila menyedari serangga kotor itu berada dalam minuman yang dipesannya.

“Saya amat terkejut apabila mendapati tahap kebersihan di gerai minuman itu kurang memuaskan. Saya juga agak terkilan pengusahanya seolah-olah tidak memeriksa peralatan dan bahan mentah sebelum memulakan perniagaan.

“Sebagai sebuah tempat makan yang popular di kalangan penduduk dan pelancong, mereka sepatutnya lebih prihatin dan mengambil berat mengenai soal kebersihan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, Maisara mengadu kepada penjual minuman berkenaan bagi memastikan mereka lebih peka dengan tahap kebersihan bagi mengelakkan kejadian tidak berulang.

Menurutnya, penjual minuman yang kelihatan panik itu meminta maaf mahu memulangkan bayaran minuman yang berharga RM1.60.

Bagaimanapun, mangsa enggan menerima wang berkenaan sebaliknya menasihatkannya lebih berhati-hati ketika menyediakan minuman untuk pelanggan.

“Harga bukanlah isunya tetapi apa yang perlu ditekankan adalah soal kebersihan dan kesihatan. Saya tak mahu kejadian ini berulang pada orang lain,” katanya.

“Saya berharap pihak berkuasa mengadakan pemeriksaan berkala di semua gerai di sini bagi memastikan peniaga mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

tak kan kasi RM1.60 saja kot...~X(
 
kalo aku mintak 10k time tuh gak...kalo tak bg report masuk paper hahahhahha
 
adess.sadis sungguh....dah habis baru ketahuan
 
teh tarik kot....
 
minuman buah kot..air lain mesti timbul punya...:D
 
Back
Top
Log in Register