BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minum Air Kencing Lembu Untuk Rawat Kanser

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Minum Air Kencing Lembu Untuk Rawat Kanser
January 14th, 2014


3dqthtc.jpg


INDIA : Sekumpulan penganut agama Hindu di Agra percaya air kencing lembu mampu menyembuhkan kanser. Bagi tujuan itu mereka akan beratur di kandang lembu milik DD Singhal setiap pagi bagi mendapatkan air kencing binatang tersebut.

Air kencing yang diperolehi daripada lembu itu akan terus diminum.

Meskipun terpaksa beratur panjang, mereka tidak mempedulikannya.

Salah seorang daripada mereka ialah Jairam Singhal, 42, yang telah minum air kencing lembu sejak sedekad lalu.

“Saya ada diabetes, dan sejak saya minum air kencing itu, kadar diabetes saya dapat dikawal.

“Kami menternak lembu di sini selama lebih 12 tahun dan perkara pertama kami lakukan setiap pagi ialah minum air kencing lembu ini,’’ katanya.

Menurut Singhal, beberapa tahun lalu tidak ramai yang berminat untuk minum air kencing lembu namun kini jumlah yang datang telah meningkat hampir setiap hari.

Dia mendakwa kebanyakan mereka adalah pesakit kanser.

Lembu tersebut, bagaimanapun kata Singhal adalah lembu yang masih belum melahirkan anak.

Air kencing lembu yang dikumpul sebelum matahari terbit adalah yang terbaik dan mampu memberikan kesan. – MyNewsHub


UFZJZ2i.jpg
 
bila rasa benda pelik dan janggal mesti ramai yg akan tertawakan kerana perbuatan mereka kelihatan bowdoh sama sekali...

hakikatnya mereka yg minum air kecing tersebut merasakan lebih baik dari merana kerana penyakit... :)
 
Air kencing lembu yang dikumpul sebelum matahari terbit adalah yang terbaik dan mampu memberikan kesan. – MyNewsHub

Semalaman lembu ini tahan kencing, bila pagi ,bagus punya kandungan nutrien-nutrien si lembu lepaskan. Hanya di Yindia.

Kenapa percaya sampai gini?

Jangan stok kincing lembu tak cukup, tuan lembu tambah sendiri kincingnya pula ha ha ha
 
yup hanya di india sahaja....believe it or not....hahaha
 
Entah apa la rasa minum air kencing lembu. Geli siak.
 
Back
Top
Log in Register