BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Mintak pendapat korang sikit...

cikgu88

Active Member
Messages
2,139
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,139
Reaction score
12
Points
25
Assalamualaikum dan selamat pagi. Nak minta pendapat korang masalah yang jadi kat aku. Macam ni,dalam tahun lepas kalau tak salah, aku dapat surat dari Maybank yang menyatakan kad kredit aku dah siap dan boleh diambil dari salah satu cawangannya. Pelik sbb aku tak pernah apply, so aku pon tepon bank tu dan pegawai yang cakap dengan aku tu setuju nak cancel kad kredit aku. Aku pun ingat dah setel la.

Dalam sebulan dua lepas tu, org bank tu (pegawai yang lain dari Kuala Lumpur) kol aku tanya kenapa aku tak pegi ambil kad tu. Lepas dah marah2 pegawai tu dan cakap aku tak pernah apply,dia pun kata setuju nak cancel. Aku pon okla..

Lepas tu,henpon aku ni asyik dapat mesej dari nombor yang aku tak kenal dan offer mcm2 la..nak kurangkan interest kad kredit la...ape la..mmg banyak..(tapi nak tunjuk message dengan call register mmg xdptla sbb hp aku rosak aritu).

Kebetulan minggu lepas, jumpa dengan member aku yang keja bank dan diq cadangkan kat aku suruh gi print CCRIS report kat bank negara untuk nak check status sama ada kad kredit tu masih aktif atau tak. So,smlm aku pon gi la print..dan apa yang memeranjatkan aku, memang ada tulis permohonan untuk kredit dengan had RM5000.. ~X(:mad::(scam aku syak ni mesti kad kredit tu...so kat cni, aku nak tanya la korang..kalau jadi kat korang, apa yang korang akan buat..?saman?adakah bank berhak untuk keluarkan kad kredit untuk customer tanpa kebenaran customer tu dulu..memang tengah panas hati ni..:mad:
 
saman jer tuan...kasi berakal sikit kt org yg btggungjwb tu
 
report tribunal.pastu saman sebab menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.
 
report tribunal.pastu saman sebab menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.

Tu la pasal..nasib baik baru setahun..kalau dah lama,baru aku perasan,silap2 kena blacklist sebab tak bayar..:mad: memang Mebeng ni :(scam
 
maybank mmg mcm tu tuan, saya pun pernah dapat kad kredit dari maybank, tak mintak pun, sbb gaji masuk maybank kan dia tengok layak terus main hantar je kad kat rumah, saya pegi kaubter maybank tu suruh dia cancel masa tu jugak, masa tu jugak kad tu dia potong 2, alhamdulillah la sampai skarang takde apa2 la, ni citer saya tahun 2000
 
Ha..memang macam tu kot style diorg..abg dgn kakak aku pon dapat jugak sebab gaji masuk Mebeng..tapi apa hak diorg suka2 applykan kad kredit untuk kita tanpa kita mintak?
 
saman 2juta..bagi aku 1juta..
 
Ha..memang macam tu kot style diorg..abg dgn kakak aku pon dapat jugak sebab gaji masuk Mebeng..tapi apa hak diorg suka2 applykan kad kredit untuk kita tanpa kita mintak?

err sebenarnya dlm borang nak buka account dulu mmg ada tulis pehak bank berhak menggunakan maklumat kita utk tujuan promosi and marketing, :D
 
err sebenarnya dlm borang nak buka account dulu mmg ada tulis pehak bank berhak menggunakan maklumat kita utk tujuan promosi and marketing, :D

Ye ke?tapi takkan terus bleh applykan dan suh pi ambik jer kad kredit tanpa kita mintak?
 
Back
Top
Log in Register