TENGOK PIAGAM PELANGAN SKM NI ........CANTIK...HEBAT...TAPI BILA CALL AJE....ORANG YANG NAK DI HUBUNGI TAK ADA.....TIAP KALI TALIPON AJE ...ADA JE ALASAN......SEMUA NAK MENGELAK INI AMAT MENGECEWAKAN SAYA....APAKAH DUIT YANG DI SIMPAN DALAM KOPERAI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI SEKARANG TAK SELAMAT.......KALAU SILAP TOLONG BETUL KAN INI YANG SAYA DAPAT TIAP KALI TELIPON SKM.......
KALAU SAPA YANG ADA MAKLUMAT....TULIS LA KAT SINI BOLEH KITA TAHU.....
Piagam Pelanggan SKM
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam piagamnya telah menekankan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu perkhidmatan sebagai asas pengukuran. Sekiranya SKM tidak dapat menepati janji-janjinya, cara-cara pemulihan adalah seperti berikut:
*
Pendaftar-pendaftar Negeri sendiri akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tindakan-tindakan susulan sewajarnya diambil;
*
Setiap aduan yang diterima akan dilayan dan tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan aduan tersebut akan diambil dalam tempoh 5 hari dari tarikh aduan diterima oleh pejabat.
*
Menambah waktu di Kaunter Perkhidmatan selama 1 jam selepas waktu pejabat.
*
Semasa memproses permohonan-permohonan bagi pendaftaran, pinjaman/ pelaburan dan Pandangan Ketua Pendaftar yang dikeluarkan oleh SKM, sekiranya maklumat-maklumat tidak lengkap, pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tarikh keluaran yang dijanjikan.
*
Tarikh baru akan diberitahu kepada pelanggan selepas maklumat-maklumat lengkap diterima oleh SKM.
Pendaftaran Koperasi
Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan koperasi (seksyen 7 dan peraturan 3) dalam tempoh 30 hari (bekerja), apabila diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.
Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil
Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi berdaftar (seksyen 18 dan peraturan 6) dalam tempoh 45 hari (bekerja), apabila diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.
Audit dan Akaun
Ketua Pendaftar akan memberi pandangannya seperti mana kehendak subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993, dalam tempoh 45 hari (bekerja) ke atas akaun-akaun koperasi yang telah disempurnakan untuk membolehkan pandangan tersebut dibentang dalam mesyuarat agung tahunan (seksyen 39).
Pinjaman dan Pelaburan
Semua permohonan pinjaman dan pelaburan yang lengkap dan sempurna yang diterima oleh pejabat ini bagi memohon kelulusan di bawah seksyen 51 dan 54 Akta Koperasi 1993 akan diberi pertimbangan dan keputusan dalam tempoh 30 hari (bekerja).
RASANYA AHLI KOPERASI TAK DILINDUNGI......