BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mintak Pendapat- KOOP dedah maklumat

sonOFjawa

Active Member
Messages
2,467
Joined
Mar 2, 2008
Messages
2,467
Reaction score
52
Points
30
salam warga cg, smga sentiasa dlm keredhaan Tuhan Yang Maha Esa..aku nk mntk pendapat bg mereka yg arif ttg KOOP..td aku de dpt kol dr 1 koop nie yn menawarkan pinjaman, selepas dia menerangkan ttg tawaran pnjmn aku pn tnye la mcmaner dia dpt maklumat aku, than dia ckp maklumat aku dia dpt dr koop lain yg aku prnh buat pnjmn..so kt sini aku nk tnye, boleh ke koop tersebut mendedahkan maklumat aku kat pihak lain??? harap dapat membantu....tq :):)
 
salam,

kalau ikut kan privasi..... aku dah bbyk kali kena huhuhu tapi aku buat loan ngan bank.... ini staff bank punya kerja lah nie.. cari duit lebih jual info org... adussss....

susah lah mcm nie kan.... apo kata kita saman org yg jual info kita ? hahahahahaha

kasi dia cepat kayap lak
 
aku bkn pe bro, bengang gak dibuatnye.....siap dia tau loan aku...malu la aku pd teman2 dan masyarakat :D:D:D

dh lh skrg melambak2 koop yg offer loan.....yg bg flyers tu ok la kot, tp yg bg info ni yg bongang den dibuek nyo......jgn dia bg photostat ic aku udeh ler, xpsl2 kna blackmail.....:((
 
TENGOK PIAGAM PELANGAN SKM NI ........CANTIK...HEBAT...TAPI BILA CALL AJE....ORANG YANG NAK DI HUBUNGI TAK ADA.....TIAP KALI TALIPON AJE ...ADA JE ALASAN......SEMUA NAK MENGELAK INI AMAT MENGECEWAKAN SAYA....APAKAH DUIT YANG DI SIMPAN DALAM KOPERAI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI SEKARANG TAK SELAMAT.......KALAU SILAP TOLONG BETUL KAN INI YANG SAYA DAPAT TIAP KALI TELIPON SKM.......
KALAU SAPA YANG ADA MAKLUMAT....TULIS LA KAT SINI BOLEH KITA TAHU.....


Piagam Pelanggan SKM

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam piagamnya telah menekankan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu perkhidmatan sebagai asas pengukuran. Sekiranya SKM tidak dapat menepati janji-janjinya, cara-cara pemulihan adalah seperti berikut:
*
Pendaftar-pendaftar Negeri sendiri akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tindakan-tindakan susulan sewajarnya diambil;
*

Setiap aduan yang diterima akan dilayan dan tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan aduan tersebut akan diambil dalam tempoh 5 hari dari tarikh aduan diterima oleh pejabat.
*

Menambah waktu di Kaunter Perkhidmatan selama 1 jam selepas waktu pejabat.
*


Semasa memproses permohonan-permohonan bagi pendaftaran, pinjaman/ pelaburan dan Pandangan Ketua Pendaftar yang dikeluarkan oleh SKM, sekiranya maklumat-maklumat tidak lengkap, pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum tarikh keluaran yang dijanjikan.
*
Tarikh baru akan diberitahu kepada pelanggan selepas maklumat-maklumat lengkap diterima oleh SKM.






Pendaftaran Koperasi

Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan koperasi (seksyen 7 dan peraturan 3) dalam tempoh 30 hari (bekerja), apabila diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.





Pendaftaran Pindaan Undang-Undang Kecil

Mengikut peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995, SKM akan mendaftarkan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi berdaftar (seksyen 18 dan peraturan 6) dalam tempoh 45 hari (bekerja), apabila diterima dokumen-dokumen dengan lengkap.





Audit dan Akaun

Ketua Pendaftar akan memberi pandangannya seperti mana kehendak subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993, dalam tempoh 45 hari (bekerja) ke atas akaun-akaun koperasi yang telah disempurnakan untuk membolehkan pandangan tersebut dibentang dalam mesyuarat agung tahunan (seksyen 39).




Pinjaman dan Pelaburan

Semua permohonan pinjaman dan pelaburan yang lengkap dan sempurna yang diterima oleh pejabat ini bagi memohon kelulusan di bawah seksyen 51 dan 54 Akta Koperasi 1993 akan diberi pertimbangan dan keputusan dalam tempoh 30 hari (bekerja).


RASANYA AHLI KOPERASI TAK DILINDUNGI......
 
biasala bro, org2 gomen nie.......bkn dorg ni malas cume kureng rajin je.....
 
biasala bro, org2 gomen nie.......bkn dorg ni malas cume kureng rajin je.....
SOLALAN BONUS....

SAPA LEH JAWAB .......DAN FIKIRKANLAH

1.APAKAH SELAMAT DUIT YANG KITA LETAKKAN KAT KOPERASI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI WALAUPUN DAH ADA AKTA KOPERASI DAN ADA AKTA SKM.

2. APAKAH AHLI KOPERASI DILINDUNGI ......TENGOK NI .....

Akta Koperasi 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis yang di bawah bidang
kuasa SKM. Kuasa yang diberikan membolehkan pengawalseliaan yang berkesan, cekap dan
pantas ke atas koperasi atau mana-mana orang yang melanggar undang-undang koperasi.
Selanjutnya, rang undang-undang juga mengadakan kuasa bagi SKM untuk
mengkompaun dan mendakwa kesalahan. Di bawah Seksyen 45, SKM boleh melantik pegawai-
pegawai penyiasat dan diberi kuasa masuk, menggeledah dan menyita di bawah Seksyen 46
Akta SKM

LIHAT NI....

Ketiga, meningkatkan kuasa pengawalseliaan ke atas koperasi. SKM diberi kuasa
pengawalseliaan ke atas koperasi-koperasi bagi menjadikan ia lebih efisien dan berdaya saing
dengan sektor kewangan yang lain. Justeru peruntukan yang dicadangkan adalah seperti
berikut:
(i)
kuasa bagi SKM untuk memantau penubuhan subsidiari koperasi dan
pergerakan wang atau aset dalam apa-apa bentuk daripada koperasi
kepada subsidiarinya;
(ii)
koperasi dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada
SKM sebelum membuka cawangannya sama ada dalam atau di luar
Malaysia;
(iii)
SKM diberi kuasa untuk menyekat pinjaman koperasi daripada bukan
anggota kecuali apabila kebenaran diberikan melalui arahan atau garis
panduan;
(iv)
tiap-tiap Koperasi dikehendaki untuk menyelenggara kumpulan wang
rizab statutori sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada
untung bersih terauditnya bagi tiap-tiap tahun selepas peruntukan yang
wajar telah dibuat untuk cukai;
(v)
kuasa koperasi untuk membuat pelaburan bagi kumpulan wangnya
dalam bon dan debenture mana-mana koperasi, cagaran dalam mana-
mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang berdaftar
di Malaysia.
Keempat, meningkatkan peruntukan penalti atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
bawah rang undang-undang. Hukuman kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993 dinaikkan
menurut berat kesalahan. Hukuman denda diperuntukkan di antara RM100 ribu ke RM5 juta.
Hukuman penjara bagi tempoh 6 bulan hingga 5 tahun dan hukuman denda harian ditingkatkan
di antara RM100 sehingga RM5 ribu.
Pelanggaran kesalahan akan dikenakan bukan sahaja kepada koperasi, tetapi juga
anggota lembaga, pengerusi, setiausaha, bendahari dan juga pegawai koperasi
 
Koperasi yang berdaftar dengan suruhanjaya koperasi malaysia

MERIAHKANLAH FORUM KOPERASI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NI.......

KALAU SAPA NAK TAHU PASAL KOPEDIK YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAH TAK ADA KAT SINI......KENA HANTAR KAT SINI.......

kopedik.com.my Suspicious Business/Scheme Activities.
 
SKM memang tak boleh pakai..pegawai2nya semua tunggu makan gaji buta saja.ada plak berlagak nak jadi CIA tp apa pun tak tau..letaklah pegawai-pegawai yang tahu cara berniaga,ini letak pegawai2 pencen kerajaan saja...
 
SKM memang tak boleh pakai..pegawai2nya semua tunggu makan gaji buta saja.ada plak berlagak nak jadi CIA tp apa pun tak tau..letaklah pegawai-pegawai yang tahu cara berniaga,ini letak pegawai2 pencen kerajaan saja...

TENGGOK NI.....

Wang yang dipinjamkan kepada KOPEDIK dijamin selamat kerana KOPEDIK adalah koperasi yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Koperasi Dinamik Malaysia Berhad adalah berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Pelaburan tertakluk kepada bidang kuasa seksyen 44 Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil 45 (2) (W).


APAKAH DAH ADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PUN AHLI KOPERASI KENA TIPU MOGA SKM AKAN MEMBELA NASIB AHLI SEPERTIMANA YANG ADA DALAM AKTA KOPERASI DAN AKTA SKM AGAR NAMA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA TAK AKAN TERUS TERCALAR DI ATAS SEGELINTIR

GUNA PAKAILAH AKTA KOPERASI DAN AKTA SKM .............JANGAN TULIS AJE....HUKUMAN PATUT LEBIH BERAT LAGI....

Keempat, meningkatkan peruntukan penalti atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
bawah rang undang-undang. Hukuman kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993 dinaikkan
menurut berat kesalahan. Hukuman denda diperuntukkan di antara RM100 ribu ke RM5 juta.
Hukuman penjara bagi tempoh 6 bulan hingga 5 tahun dan hukuman denda harian ditingkatkan
di antara RM100 sehingga RM5 ribu.
Pelanggaran kesalahan akan dikenakan bukan sahaja kepada koperasi, tetapi juga
anggota lembaga, pengerusi, setiausaha, bendahari dan juga pegawai koperasi
 
Wang yang dipinjamkan kepada KOPEDIK dijamin selamat kerana KOPEDIK adalah koperasi yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Koperasi Dinamik Malaysia Berhad adalah berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Pelaburan tertakluk kepada bidang kuasa seksyen 44 Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil 45 (2) (W).

ni hanya claim kopedik utk attract investor.

hakikatnya..takde dlm akta koperasi yg boleh menjamin duit pelabur selamat. sebab sebelum ni...aku dah sebut banyak kali...banyak koperasi lingkup...sampai sekarang member aku yg meroyan yg join koperasi siswazah (KOSIS) pada tahun 1995-1996. dah berapa tahun dah, satu sen pun tak dapat.

unless kalau koperasi itu di bawah selia BNM spt Koperasi Bank Rakyat atau Koperasi Bank Persatuan yg mewajibkan deposit diinsuranskan.
 
Back
Top
Log in Register