ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) menuntut penjelasan daripada 26 pengeluar ais yang secara bersama menaikkan harga ais tiub boleh dimakan sebanyak 50 sen setiap beg dan RM2.50 setiap blok ais mulai 1 Januari lalu, seperti diumumkan mereka pada Disember lalu.
Menurut MyCC, tindakan itu berkemungkinan melanggar Seksyen 4(2)(a) di bawah Akta Persaingan 2010.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Shila Dorai Raj berkata, MyCC mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai keputusan pengeluar ais bersepakat menaikkan harga ais itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan di Semenanjung Malaysia.
“Seperti dinyatakan di bawah Seksyen 35(2) Akta Persaingan 2010, MyCC telah mengeluarkan langkah interim terhadap kesemua 26 pengeluar ais untuk menghentikan tindakan mereka menaikkan harga secara kolektif berikutan kenyataan mereka pada 24 Disember 2013.
"(Ini adalah) untuk menghalang kerugian serius dan tidak boleh diperbaiki dari segi ekonomi atau selainnya, serta melindungi kepentingan orang awam," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Tambahnya lagi, tindakan mereka menetapkan harga secara kolektif boleh dianggap sebagai kartel dan mempunyai kesan negatif ke atas semua pengguna ais termasuk dari industri makanan, minuman dan perikanan.
MyCC mengeluarkan notis kepada 26 pengeluar ais tersebut dan memberi tempoh tujuh hari bekerja untuk membuat penjelasan lisan.