BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta Pendapat Anda - Pinjaman Peribadi ini.

Info untuk anda

ni info untuk sape2 yg bekerja sendiri dan nak wat loan....info ni aku copy paste jer...hehehe

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?

Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..

Jadi, bagaimana yer?

Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!

Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi? atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!

Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka saya ingin kongsikan info tersebut kepada semua pembaca blog ini..

Jadi.. bersedia…..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..

Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….

Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.

Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X 20% = RM6,000

Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri.. RM6,000 sebulan

Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?

Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600.

Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah..

Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total : RM3,100
———————————-

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).

Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.

Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..
 
thx for the info..


macam bank ahlong je tu?
 
Last edited:
......

thx for the info..


macam bank ahlong je tu?

aku tengah mencari, ape yg aku jumpa, aku paste jer kat sini...hehe..mana tau ada komen dari yg da cuba....target aku terus direct pegi bank je, tanya kat kaunter or amik pamplet dia wat perbandingan, senang....heheh....cari kat internet, take note and pegi bank untuk info seterusnya....
 
bagus2.. take time untuk study sal menda ni.. takut masalah mendatang..sediakan payung sebulum lebat..hehe
 
ye la aku stuju sgt.. kalau keje swasta bkn main susah nak buat personel loan.. ape kami ni takleh nk byr ke?? apo laa..

kami bukan la perompak..da amik duit nk blah gitu je.. pasti kami bayar punye.. hutang tetap hutang.. hehe.. sori kalau ter emosi pulak.. :))
 
bole approve ke smpai 15k ngan gaji bwh 1k..ssh ckitla bro..requirement paling rendah pun klo xsilap alrajhi bank at least gaji 1500..pastu dapat max 5kali gji je..jgnla pinjam along2 berlesen tu..sok2 susah..terdesak cmne pun jgn pinjam
 
keje swasta gaji 1k ke atas pun belom tentu senang nak lulus loan ni lah dilema org swasta yg sentiase dianak tirikan, ~X(:((
 
keje swasta gaji 1k ke atas pun belom tentu senang nak lulus loan ni lah dilema org swasta yg sentiase dianak tirikan, ~X(:((

wpun keje swasta gaji 1k keatas tp masih blh nk meminjam lg bro dr yg keje sendiri takde payslip, takde pape ni cmne la plak. nak tak nak jalan terakhir abg long la jugak klu dh terdesak. nak pinjam adik beradik, bank & sedara mara x dpt2. jgn kata nk pinjam adik beradik nk mintak duit kita balik pun x dpt. camno?:(( ada ke nk kasi pinjam klu kes mcm aku ni?:-?
 
Back
Top
Log in Register