roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
PASIR PUTEH: “Saya hairan dengan sikap arwah yang berulang kali meminta maaf kerana tidak sempat pulang ke kampung. Namun, rupa-rupanya itulah ungkapan terakhir daripadanya,” kata bapa seorang pekerja Malaysia yang terbunuh akibat sesak nafas akibat kebocoran gas di rumahnya, Jumaat lalu, Mat Amin Adam, 57.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi waktu Malaysia itu, bekas penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Zakuan Ariff Mat Amin, 30, dipercayai meninggal dunia selepas terhidu gas bocor di rumah sewanya di Turkmenistan.
Mangsa yang juga jurutera Syarikat Siguros itu ditemui rakan sekerjanya terbaring kaku di ruang tamu rumah. Difahamkan, sebelum kejadian malang itu, beberapa rakan sekerjanya hairan sebaik mendapati kelibat Ahmad Zakuan tidak kelihatan di tapak projek membuatkan mereka tidak sedap hati lalu bergegas pulang.
Sebaik tiba di depan rumah, mereka lega melihat rumah berada dalam keadaan baik sekali gus membuktikan Ahmad Zakuan berada di dalamnya. Namun, rakannya itu terus tergamam dan panik sebaik melihat Ahmad Zakuan sudah terbujur kaku serta tidak sedarkan diri di ruang tamu sebelum berusaha menyelamatkan nyawa mangsa melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut (CPR).
Bagaimanapun, usaha mereka itu gagal apabila jurutera terbabit disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terhidu gas dikatakan berpunca daripada kebocoran gas disalurkan ke rumah berkenaan melalui paip.
Mat Amin berkata, dia sekeluarga dimaklumkan kejadian menimpa anaknya itu daripada pihak syarikat terbabit, kira-kira jam 12 tengah hari pada hari sama. Katanya, anak sulung daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Malaysia, semalam selepas lima bulan tidak pulang kerana sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera, selain bertanggungjawab menyelenggara kerja pemasangan paip milik Petronas di negara terbabit.
“Beberapa jam sebelum kejadian, Ahmad Zakuan sempat menghubungi saya memaklumkan, dia akan pulang pada hari ini (semalam), selain meminta maaf berulang kali daripada kami sekeluarga kerana terlalu sibuk,” katanya ketika ditemui di Kampung Gaal, dekat sini, semalam.
“Selepas berbual dengan saya, dia terus ‘chatting’ pula dengan adiknya, Ahmad Syirazi, 16, melalui laman Facebook sambil menasihati adik-beradiknya yang lain supaya belajar bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gaal, dekat sini, semalam.
Menurut Mat Amin, pada awalnya, dia bercadang membuat majlis Maulidur Rasul semalam sempena kepulangan anaknya itu, namun, terpaksa menukarkannya kepada majlis tahlil.
“Saya sekeluarga reda dengan pemergian Ahmad Zakuan menghadap Ilahi walaupun arwah anak harapan dalam keluarga kami yang dapat membantu keluarga terutama adik-beradik lain.
“Justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan Ahmad Zakuan, Syarikat Siguros kerana sanggup membiayai dan menguruskan jenazah anak saya itu dari awal hinggalah arwah dikebumikan,” katanya yang turut berterima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan.
Jenazah Ahmad Zakuan tiba di Kampung Gaal, Rabu lalu, sebaik ‘diterbangkan’ tujuh jam dari Turkmenistan dibiayai sepenuhnya syarikat terbabit sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gaal Tengah, pagi kelmarin.