BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta kerjasama dari ahli-ahli yang prihatin

Kita minta kerjasama pada mana-mana ahli forum ini supaya dapat report/adu terus di dalam topik ini sekiranya ada mana-mana ahli yang menawarkan loan di dalam section Loans, Credit Cards yang mempunyai agenda untuk mempromosi apa-apa skim atau MLM di sebalik loan yang mereka tawarkan.

Untuk pengetahuan, di dalam section ini TIDAK DIBENARKAN menawarkan sebarang loan yang mengandungi unsur-unsur MLM, program mana-mana syarikat/pertubuhan/koperasi atau skim-skim yang meliputi agenda tersembunyi ataupun yang telah dibincangkan di dalam forum.

Ada antara ahli telah di 'ban' kerana masih berdegil melakukan promosi walaupun telah diberi amaran atau topik telah dipadam dan mereka sentiasa akan membuka ID yang baru untuk meneruskan promosi.

Kita percaya masih ada ahli yang prihatin untuk membantu moderator-moderator memantau aktiviti ini supaya section ini masih relevan dengan penawaran loan/pinjaman/creditcard tanpa melibatkan mana-mana skim atau MLM.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada ahli yang prihatin di dalam hal di atas.

sokong2...:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Bole saya tanya kenapa x bole promote loan MLM ni? saya x promote tapi minat nak apply.. nak apply ngan bank mmg x dpt. nak modal untuk buat overdraft supaya dapat settle hutang2 kad kredit dan hutang "ah-ngah"

Terima kasih

kalu awak nak buat jugak, cari la forum yg boleh buat. kat sini moderator tak suka la. lagipun benda nie dah lama tak dibenarkan. bukannya baru ader sekatan. keahlian kita di forum nie bergantung kpd peraturan2 yg telah ditetapkan. jika kita berminat, boleh blah. bukan saya nak perli sape-sape. tapi itu la hidup. :)cgrock
 
Okay, noted... and ready to comply...:D :D
 
mengongkong dan tak adil
Di bahagian mana yang rasanya Admin/Mod CG mengongkong...?
Kita bernaung di bawah satu forum, iaitu CariGold.com...
Sekiranya pemilik CG ini telah menetapkan peraturan, maka wajarlah kita turuti.....
Kita bertamu & menumpang, maka ikutlah peraturan yang ditetapkan.... :)
Pihak Admin / Mod Cg menetapkan sesuatu peraturan pastinya untuk kebaikan semua pihak.....
Fikirkan secara global & bukannya untuk kepentingan diri kita... :)
 
seksyen ape ye...yg boleh promote loan berdasarkan MLM dlm cg ni..?
betul jugak kate member sorang tu...nk loan ngan bank...susah...
loan ngan MLM mungkin senang sikit...
 
Back
Top
Log in Register