BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta duit susu anak, tapi dapat penampar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Hawa ketika mendapatkan bantuan Pembela BN, semalam.
< 1 / 1 >
AYER KEROH - Hanya kerana meminta wang untuk membeli susu anak, seorang wanita teruk dibelasah suaminya tanpa ada perasaan belas kasihan.

Keadaan itu menyebabkan Hawa (bukan nama sebenar), 25, mengalami beberapa kecederaan di muka.

Lebih tidak berhati perut, si suami turut membiarkan seorang rakan menampar muka isterinya sehingga berdarah tanpa sedikit pun rasa simpati.

Semua kejadian itu berlaku selepas empat bulan Hawa berkahwin dengan lelaki itu yang sebaya usia dengannya.

Menceritakan kejadian, Hawa berasal dari Alor Gajah berkata, dia meletakkan harapan tinggi untuk membina sebuah ikatan bersama lelaki itu selepas perkahwinan pertamanya musnah.

“Perkahwinan saya dengan suami pertama hanya bertahan tujuh tahun. Kami dikurniakan tiga anak, kini berusia 7, 5 dan 3 tahun. Dua daripadanya saya pelihara, seorang lagi dijaga bekas suami.

“Selepas tiga tahun bercerai, saya dikenalkan dengan seorang lelaki sebaya juga berasal dari daerah sama menerusi seorang rakan. Kami berkahwin pada Mac tahun lalu, biarpun menempuh pelbagai rintangan," katanya.

Dia berkata, tekanan ekonomi membuatkan sikap suami bertukar menjadi panas baran.

"Berpunca daripada sedikit perselisihan faham boleh menyebabkan saya dikasari. Sepak terajang sudah jadi mainan suami, malah dia pernah memijak muka saya sehingga saya patah hidung.

“Ketika saya mengandung sekali pun, dia tetap memukul saya. Dia pernah menendang kandungan saya tetapi mujur tidak apa-apa yang berlaku,” katanya.

Hawa berkata, kemuncak perkahwinan mereka apabila suaminya melafazkan cerai di luar mahkamah pada Mac lalu dan kemudiannya penceraian disahkan Jabatan Agama Islam Daerah Alor Gajah pada 13 April lalu.

“Yang saya tidak puas hati, meskipun sudah lebih 10 laporan polis dibuat tetapi bekas suami tetap bebas tanpa ada satu pun kes yang boleh dikaitkan dengan keganasan dilakukan terhadap saya.

“Meskipun kami sudah bercerai tetapi setiap kali saya menuntut nafkah anak, pasti akan terjadi pertengkaran sehingga dia memukul saya," katanya yang mahu menuntut keadilan berhubung perkara tersebut.

Berikutan buntu memikirkan masalah itu, Hawa akhirnya membuat aduan di pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri Melaka di sini, semalam.

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya akan membantu ibu berkenaan dengan menyediakan khidmat guaman bagi membuat pendakwaan terhadap si suami.

“Kita akan menjalankan perbincangan dengan peguam bagi membolehkan tindakan diambil supaya kes ini dapat dijalankan dengan segera.

“Saya difahamkan, dia sudah membuat banyak laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya unsur kekerasan,” katanya.
 
Susu anak tu bkn tggjawab suami pertama ke? Patutla dia panas. Tpi xpatut le ang sepak terajang. Dayus tu.
 
semoga Allah permudah segala urusan kakak ni dan anak-anak dia,
by the way, pasal suaminya, semoga Allah balas kezaliman dia atas dunia ni lagi...
 
1. Hawa: Umur 25 tahun.
2 Perkahwinan pertama: Tahan 7 tahun.
3.Perkahwinan kedua: setelah 3 tahun bercerai.
4. Perkawinan kedua: bertahan 1tahun.

Math hamba:

Umur Hawa memula Kahwin = 25 -7 - 3 -1

25 - 7 - 3 - 1 = 14

Umur Hawa masa memula kahwin = 14 tahun.

Suspicious...
 
Dia berkata, tekanan ekonomi membuatkan sikap suami bertukar menjadi panas baran.

yang ni semakin kuat tekanan skrang...
 
Dh tau bekas laki tu jenis panas baran, xyh pegi la cari nahas..walaupn mmg tanggungjwb die pemberi nafkah..tapi ni mesti sbb dh tersepit ni..xtau mne lg nk mintak
 
1. Hawa: Umur 25 tahun.
2 Perkahwinan pertama: Tahan 7 tahun.
3.Perkahwinan kedua: setelah 3 tahun bercerai.
4. Perkawinan kedua: bertahan 1tahun.

Math hamba:

Umur Hawa memula Kahwin = 25 -7 - 3 -1

25 - 7 - 3 - 1 = 14

Umur Hawa masa memula kahwin = 14 tahun.

Suspicious...

ak rasa betul kiraan ni..
 
suami panas baran..
sian plak si isteri dan anak..
 
Back
Top
Log in Register