eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SHAH ALAM: Seorang lagi lelaki yang mendakwa menjadi mangsa tembakan polis tahun lalu tampil membuat laporan bagi membolehkan pihak berkuasa itu membuka kertas siasatan dan menyiasat kembali kejadian itu.
Operator Peralatan Kontena, Shahril Azlan Ahmad Kamil, 26, mendakwa kejadian yang berlaku pada 16 April tahun lalu di persimpangan Jalan Persiaran Permai di sini, hampir meragut nyawanya walaupun sehingga kini peluru masih tertanam dalam badannya.
Dia yang tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Seksyen 11 di sini ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri dan Puspawati Rosman.
Menurutnya, pada waktu itu, dia tidak tahu saluran mana hendak mengadu menyebabkan kesnya berlalu begitu saja tanpa pembelaan sewajarnya, malah anggota polis yang melepaskan tembakan itu dilepas dan dibebaskan.
Katanya, dengan perkembangan kes terkini terutama membabitkan kejadian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, baru-baru ini, menyebabkan dia terpanggil supaya satu pasukan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian yang berlaku terhadapnya.
“Sejak kejadian, saya sukar tidur malam, kebas di kaki kiri dan kini hanya melakukan kerja ringan dan tak boleh lagi memandu dalam perjalanan jauh.
“Saya meminta Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ini dengan lebih telus,” katanya di sini, semalam.