Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
22.01.2019 - Batu Pahat, Kewujudan pasar warga asing yang dibuka di kawasan Parit Haji Imam, berdekatan Jalan Batu Pahat-Kluang, di sini, menimbulkan rasa tidak puas hati dan rungutan masyarakat setempat.
Pasar warga asing berkenaan didakwa bukan sahaja tidak adil buat peniaga tempatan, malah seperti merestui kewujudan kelompok komuniti warga asing yang berniaga secara terbuka.
Tinjauan wartawan mendapati, kawasan pasar itu bukan sahaja didominasi peniaga warga asing, malah kewujudan papan tanda kedai dengan bahasa asing dipercayai bahasa Vietnam seolah-olah tidak menghormati peraturan negara ini.
Pasar warga asing berkenaan dibuka hampir setiap hari bermula jam 4 petang hingga 9 malam dengan menyasarkan pekerja kilang berhampiran sebagai pelanggan utama.
Penduduk kampung berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 56, berkata kewujudan pasar warga asing berkenaan menimbulkan keresahan penduduk berikutan kawasan itu ibarat ‘mini Vietnam’.
Katanya, penduduk juga mempersoalkan bagaimana kewujudan pasar berkenaan seolah-olah direstui malah dibina dengan bahan binaan kekal.
“Tiga tahun lalu pasar warga asing itu wujud di tepi laluan utama Jalan Batu Pahat-Kluang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap petang dan malam.
“Namun selepas dibantah penduduk setempat, pihak berkuasa mengambil tindakan menutup pasar berkenaan selepas ia wujud lebih empat tahun lalu.
“Namun mengapa pula warga asing dibenarkan berniaga malah dibina pula binaan kekal di Parit Haji Imam, padahal warga tempatan pula susah mendapat peluang berniaga malah akan dirobohkan jika berniaga tanpa kebenaran,” katanya.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ali berharap pihak berkuasa berlaku adil dengan warga tempatan yang mahu berniaga tetapi dikenakan pelbagai syarat sedangkan warga asing dengan mudah mewujudkan kelompok peniaga di negara ini.
“Penduduk risau jika tiada kawalan, warga asing akan mula menuntut pelbagai peluang seperti kewarganegaraan, sekali gus menutup peluang warga tempatan mencari rezeki,” katanya.
Sementara itu, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad, berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Unit Penguatkuasaan MPBP dan dimaklumkan perniagaan warga asing itu adalah sah.
“Pasar warga asing itu didirikan atas tanah individu, malah lesen dan premis disewa oleh warga tempatan yang menguruskan kedai berkenaan dan warga asing hanya bertindak sebagai pekerja.
“Ada juga pemilik kedai yang berkahwin dengan warga asing yang bekerja di kedai mereka dengan permit sah. Jadi tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka, ” katanya.
Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/01/522753/mini-vietnam-di-parit-haji-imam

Last edited: