BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mini 1AES pamer komitmen Asean

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Mini Keusahawanan 1 Asean (Mini 1AES) yang baru berakhir, menjadi tanda komitmen semua negara anggota untuk memperkasakan usahawan, terutama golongan muda dan mewujudkan ekosistem keusahawanan Asean.

Menjadi antara acara terbesar di rantau ini, Mini 1AES menghimpunkan kira-kira 2,200 peserta dari kesemua 10 negara Asean, dan didominasi generasi muda.Pemimpin daripada pelbagai industri berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam perniagaan pada acara selama tiga hari untuk membantu usahawan muda memulakan perniagaan atau meningkatkan operasi mereka.

Usahawan muda digesa mengubah pemikiran mereka daripada hanya menjadi ‘wira tempatan’ dan bercita-cita menjadi ‘juara serantau’, selain digesa meneroka pasaran Asean yang belum diceburi.

Mini 1AES, yang bermula pada 19 Mac lalu dengan tema, “Futurising Asean Entrepreneurs”, diadakan sempena Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean dan Gabenor Bank Pusat yang pertama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pada sesi khas dengan Menteri-menteri Kewangan Asean, peserta digalakkan mengejar impian mereka dan berusaha keras untuk mencapainya berikutan masa depan pertumbuhan dan kemakmuran rantau ini terletak di tangan mereka.Menteri-menteri itu turut melahirkan keyakinan mereka terhadap masa depan keusahawanan Asean.

Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan bahawa kerajaan Asean akan sentiasa menyokong usahawan mudanya untuk berjaya, walaupun terdapat cabaran yang boleh melemahkan semangat mereka.

“Hanya mereka yang mengendalikan cabaran itu dengan baik akan berjaya. Jangan bimbang tentang cabaran tersebut,” katanya kepada para peserta.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata, Mini 1AES merupakan permulaan kepada 1AES, dijadual pada 20 hingga 22 November ini, dan akan diadakan sempena Malaysia sebagai pengerusi Asean pada tahun ini.

Beliau berkata, sambutan menggalakkan terhadap Mini 1AES menjadi bukti bahawa program tersebut mendapat tempat di hati generasi muda.

Pada 1AES, Irwan berkata, peserta akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan 10 pemimpin Asean, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Beliau berkata, pengumuman penting akan dibuat pada 1AES oleh Kerajaan Malaysia yang mahu memacu pembangunan keusahawanan Asean. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register