BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Buat Laporan Polis Dakwaan Kebocoran Maklumat Pegawai Kanan ATM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0d5ba6ecfe6ff352dcf49e722dd0cf80696e0125a903b

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada sidang media selepas Majlis Perasmian Residensi Sateria Sungai Besi, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pertahanan (MINDEF) membuat laporan polis susulan dakwaan kebocoran maklumat membabitkan nama, jawatan serta pergerakan tugas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata siasatan dalaman turut dijalankan berikutan pendedahan maklumat berkenaan kepada umum, sedangkan keputusan pengisian kekosongan jawatan tertinggi ATM masih belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau berkata setiap pelantikan jawatan tertinggi ATM perlu dibincangkan di peringkat Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bertanggungjawab mengemukakan syor kepada Seri Paduka Baginda.

“Bagi setiap jawatan, dua atau tiga nama akan disyorkan, bukannya hanya satu. Namun, apa yang tular hanya menyebut satu nama, sekali gus memberi gambaran seolah-olah keputusan muktamad sudah dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah SASaR Residensi Sateria Sungai Besi, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled menegaskan sebarang pelantikan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan pendedahan maklumat sebelum kelulusan rasmi adalah tidak wajar.

Menurutnya, pendedahan nama, jawatan dan pergerakan pegawai kanan ATM boleh mengundang risiko keselamatan kerana maklumat sensitif sedemikian tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

"Angkatan tentera tidak mendedahkan siapa yang memerintah kem tertentu, siapa bertanggungjawab terhadap unit logistik atau artileri, mahupun peranan operasi pegawai kanan kerana ia boleh mendedahkan butiran keselamatan yang kritikal.

"Semua ini melibatkan urusan keselamatan. Mendedahkan identiti, jawatan dan pergerakan individu terbabit membuka ruang kepada risiko yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register