BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Miley tutup Twitter

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES: Bintang Hannah Montana, Miley Cyrus dilaporkan menamatkan akaun Twitter sehingga menimbulkan tanda tanya peminat mengenai pengunduran secara tiba-tiba itu.

Penarikan beliau itu dilaporkan atas permintaan pelakon remaja Australia, Liam Hemsworth yang dikhabarkan mempunyai hubungan cinta dengan remaja berusia 16 tahun itu.

Bintang pop remaja terbabit antara paling popular melalui rangkaian sosial Twitter mempunyai lebih 1.1 juta pengikut berkenaan.

Bagaimanapun, akaun remaja itu sudah tidak kelihatan lagi.

Dalam kiriman terakhir, beliau menulis bahawa Liam, yang turut bersama beliau berlakon dalam filem terbaru, The Last Song mahukan beliau menamatkan akaun Twitter itu untuk tujuan yang baik.

Untuk maklumat anda, Liam tidak mempunyai Twitter dan beliau mahukan saya menamatkan akaun untuk sebab yang baik, tulis beliau dalam Twitter.

Pegawai publisiti Miley tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen perkara berkenaan.

Tindakan Miley itu menyebabkan semua peminatnya memberi maklum balas supaya beliau kembali semula ke rangkaian sosial berkenaan. - Agensi
 
byk lg dia xtutup..
yg lama2 cam myspace ke, frester ke, tagged ke, hi5 ke..

ataupon yg XXX pnye channel..:p
 
Back
Top
Log in Register