BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MiG-29N masih relevan

kajcorp

Fun Poster
Messages
340
Joined
Feb 4, 2008
Messages
340
Reaction score
3
Points
15
KUANTAN - Perkhidmatan pesawat pemintas MiG-29N akan diteruskan seperti biasa bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun lagi selepas cadangan awal menamatkan perkhidmatannya tahun ini dibatalkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menimbang untuk mengekalkan perkhidmatan pesawat pejuang itu atas beberapa faktor, antara lain keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya.

Sebelum ini, kerajaan merancang untuk melupuskan pesawat buatan Rusia itu dengan menjual kepada negara ketiga dan menggantikannya dengan pesawat jenis jet pejuang pelbagai fungsi (MRCA).

“Walaupun kita berhasrat untuk mendapatkan pesawat MRCA, tetapi keadaan ekonomi negara belum mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, semalam.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, kementeriannya turut mengambil kira saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya agar pesawat MiG-29N terus digunakan.

Oleh itu, katanya, kemampuan peralatan dalam pesawat berkenaan akan dipertingkatkan mengikut keperluan semasa dengan Aerospace Technique System Corporation Sdn Bhd (ATSC) diberikan tugas melakukan baikpulih dan rombak rawat (MRO).

Katanya, kerajaan sebelum ini dijangka dapat menjimatkan RM260 juta setahun hasil daripada penamatan perkhidmatan pesawat itu pada 31 Dis tahun ini.

Sementara itu, Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata walaupun perkhidmatan pesawat itu akan diteruskan tetapi ia hanya melibatkan 10 pesawat daripada 16 keseluruhannya.

“Bukan semua akan diterbangkan semula, sesetengah daripadanya telahpun dilucutkan tauliah,” katanya.

Sempena lawatan itu, Ahmad Zahid membuat tinjauan udara selama 45 minit dari Kuantan ke Dungun, Terengganu, dengan menaiki pesawat jenis BAE Hawk 108 yang dipandu oleh juruterbang Kol. Azhari Mohd Yusof dengan diiringi sebuah lagi pesawat sama dan dua pesawat MiG-29N. - Bernama

sumber :
 
Berita Pada 25 Jun 2009

Pesawat MIG-29N Dilupuskan Dengan Cara Dijual - Zahid
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pesawat MIG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal dilupuskan dengan dijual kepada syarikat yang berminat untuk membelinya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata beberapa syarikat luar negara telah menyatakan minat untuk membeli pesawat tersebut bagi keperluan pertahanan negara masing-masing.

Namun katanya, pihak kementerian perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan untuk melupuskan aset pertahanan negara itu.

"Ini kerana beberapa perkara lain perlu juga difikirkan seperti menetapkan harga sesebuah pesawat terbabit sebelum dijual," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman penganjuran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zahid berkata pesawat MIG-29N akan digantikan dengan pesawat pemintas yang lain bagi memperkuatkan TUDM.

TUDM kini memiliki 16 pesawat pejuang MIG-29N.

"Banyak aset dan peralatan pertahanan yang telah melampaui batas usia. Jadi kita mengambil langkah seperti ini dengan menggantikan aset-aset tersebut secara berperingkat bagi memperkuatkan pasukan pertahanan negara," katanya.

Mengulas laporan mengenai kapal Korea Utara yang disyaki membawa kargo yang terlarang berkaitan program nuklear dan senjata, yang dikatakan akan melalui Selat Melaka pada bila-bila masa, Zahid berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah bersiap sedia menghadapi perkara itu.

"Saya telah berbincang tentang perkara itu dengan Panglima Tentera Laut dan Pasukan Tentera Laut Malaysia kini sedang mengumpulkan maklumat melalui risikan bagi mendapatkan kepastian mengenai kapal berkenaan," katanya.

Agensi berita asing melaporkan bahawa kapal kargo 'Kang Nam' yang mengibarkan bendera Korea Utara sedang menyusuri perlahan-lahan perairan Asia Timur menghala Selat Melaka.

Menurut laporan itu lagi, destinasi kapal tersebut ialah pelabuhan Thilawa di Myanmar dan ia dikatakan membawa senjata berteknologi rendah tetapi masih berbahaya serta senjata konvensional yang lain.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=420756
 
dah kene sound dengan tun baru dah ubah fikiran
 
sebelum kene sound,bajet cam cukup je..
 
pakai la dulu..tambah sikit2 mane patot..suruh berjimat..hadoii
 
modified apo yg patut...pakai ekzos buloh ko, tayar sotong ko etc etc etc
 
Back
Top
Log in Register