BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Mid Valley Mall terbakar

tokey mall - aiyaa bisnes manyak tulun woo manyak lugi wooo ini tahun talak ong maaa
penasihat 25% - tokey kita bikin mcm itu jekel lah, kasi bakar claim insuran maa!
tokey mall - lu manyak pandai maa wa kasi u 30% hahahhaahah
penasihat 25% - hahahhahahah harrun!

dan berlakulah apa yg berlaku.... mengikut gosip2 netizen ekkkekekeke
slalu dengar psl bisnes terbakar, claim insurans. mcm mna dorg claim?
 
TNB Kenal Pasti Punca, Sistem Pengangkutan KL Sentral Tak Terjejas

17.05.2023 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan bekalan kepada sebahagian besar pengguna seawal empat minit susulan gangguan yang berlaku pada kejadian kebakaran Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley, Kuala Lumpur pada pagi Rabu. TNB dalam kenyataannya mengesahkan insiden kebakaran di PMU Mid Valley dan langkah segera untuk pemulihan bekalan sepenuhnya berjaya dilakukan sekitar pukul 12.30 tengah hari. Ketua Pegawai Grid, Ir. Dev Anandan berkata, pemeriksaan TNB mendapati PMU tersebut terpelantik pada pukul 10.27 pagi dan bekalan terputus mulai pukul 10.51 pagi.

"Gangguan bekalan itu melibatkan kawasan terhad sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai. Sistem pengangkutan di KL Sentral tidak terjejas kerana menerima punca bekalan yang berbeza. TNB mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas bantuan memadamkan kebakaran tersebut. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna terlibat,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454. Sementara itu, pihak Mid Valley Megamall menerusi Facebook mengesahkan kebakaran itu berlaku di bilik pencawang TNB pusat beli-belah itu dan berjaya dikawal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan. Pihak pusat beli-belah itu turut mengesahkan setakat pukul 11.38 pagi, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan oleh JBPM yang kini berada di lapangan menjalankan siasatan dan memastikan keselamatan premis tersebut.

"Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin menegaskan semula bahawa keselamatan pembeli dan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan kami,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan lain, syarikat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) memaklumkan semua tayangan di GSC Mid Valley Megamall akan dibatalkan dan pawagam itu ditutup sementara waktu sehingga diberitahu kelak. "Walaupun pawagam kami tidak terkesan secara langsung, kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pengurusan pusat beli-belah untuk memastikan keselamatan semua orang, kami akan mengeluarkan bayaran balik bagi semua tiket yang telah dibeli,” menurut GSC menerusi Facebook.​

2076651.jpg
 
Dengo kabo NU Sentral pun tutup.
sama sub station gamaknye
 
Minyak Penyejuk Terlampau Panas Punca Kebakaran Di Mid Valley

17.05.2023 - Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.

a7be2119e515a8ad300af371f55ac9d8.jpg


“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas. Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.

d7079b8861d821151d966d9d25d670bc.jpg


“Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Amihizam berkata beliau difahamkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley.

“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/665467​
 

Mid Valley dibenar beroperasi semula esok​

Mid-Valley.jpg

  • Oleh MASZUREEN HADZMAN
  • 17 Mei 2023, 6:58 pm


PETALING JAYA: Operasi semua pejabat, hotel dan kedai yang berada di kawasan pusat beli-belah Mid Valley akan dibuka semula esok.
Perkembangan itu selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pengurusan Mid Valley City dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sudah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai pembukaan semula premis dengan selamat.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda sepanjang tempoh mencabar ini.
“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan termasuk JBPM, TNB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas serta kerjasama mereka sepanjang tempoh ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pengurusan Mid Valley City dalam satu memaklumkan, demi keselamatan semua pihak dan gangguan sementara kepada bekalan kuasa menyebabkan semua operasi dihentikan sehingga pihak berkuasa membenarkan ia diaktifkan semula.

Pihak pengurusan turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan mereka.
Kebakaran berlaku di pencawang luar namun keadaan terkawal dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan, tanpa ada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

 
Back
Top
Log in Register