PC News Microsoft Windows Kini Berusia 35 Tahun

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Windows kini telah menjadi salah satu sistem operasi yang popular, digunakan ramai untuk kegunaan harian, selain turut digunakan sejumlah mesin – termasuk mesin ATM. Sistem operasi ini telah diperkenalkan melalui Windows 1.0 pada 20 November 1985 lepas, dan hari ini, sistem operasi tersebut meraikan ulang-tahun ke-35 sejak diperkenalkan.

Sejak pengenalan sistem operasi Windows, ia telah melalui pelbagai perubahan – termasuk pengenalan beberapa versi yang popular, seperti Windows 95, Windows 98 dan Windows XP. Beberapa versi turut menerima kritikan, dan antaranya adalah Windows Vista dan juga Windows 8.

Kini, pada hari ini, versi paling terbaru adalah Windows 10. Sejak Windows 10, ia menawarkan kemaskini percuma kepada pengguna sedia ada – dan tidak perlu menaik-taraf secara berbayar dari satu versi ke versi lain. Windows 10 juga turut membawakan sejumlah perubahan menarik, disamping mengekalkan elemen popular mereka.

Microsoft juga telah mengatakan yang mana kini Windows 10 digunakan lebih 1 bilion peranti – sekaligus menjadikannya antara sistem operasi popular di dunia. Bagi anda sendiri, versi Windows manakah yang paling anda rindui?

 
Sponsored Post

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,173
Reaction score
71
Points
80
Wah dah 35 tahun, pernah beli win95, bila nak install ada berpuluh disket.
Windows XP juga yg terbaik n stable.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,532
Reaction score
333
Points
131
munkin sbb aku x main games komputer lagi, aku pilih Windows 10..
siap ade antivirus percuma..
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,449
Reaction score
601
Points
171
aku main zaman disket 5.25" ms dos 1.0
 
Sponsored Post
Top
Log in Register