Jawapan tu sudah tahu, gerenti akan jadi lembap bila sudah lama guna dan Windows bloated dengan KB.
Tetapi semenjak saya guna laptop dengan fungsi fast boot memang isu bootup slow ni dah kurang jadi isu. Memang guna sleep mode sentiasa. Kalau agak2 nak travel jauh baru shutdown. Tetapi kekadang terlupa juga nak shutdown.
Saya boleh sahkan Windows memang guna bateri biasa sahaja, tak guna CMOS. Bila bateri kaput, memang bila buka lid laptop Windows tak dapat recover hiberfil.sys file. Tetapi takde masalah kalau semua kerja sudah save sebelum tu. Windows cuma akan bootup semula dan dapat error macam tak clean shutdown itu sahaja. Belum pernah sampai kena masuk safe mode.
Cuma kena ingat nak lock guna Win + L sebelum tutup lid kerana tak set password on wakeup. Kalau paranoid macam saya, mesti sentiasa lock.
Cabut bateri? Masa beli laptop pertama dulu memang memang selalu cabut bateri lepas shutdown, setiap kali sebelum masuk bag. Biasalah nak tahan lama.
Tetapi bahaya guna laptop tanpa bateri. Tak pasal2 hilang kerja, dah pernah terkena masa tiba2 ada rakan kerja cabut plag laptop pertama dulu. Bateri dah memang kong jadi tak masuk slot, laptop pun ringan sikit. Zaman tu mana ada Ultrabook lagi jadi laptop memang berat.
Itu kelemahan guna laptop selain performance tak sepower PC. Nak power bajet kena lebih. Pernah beli sekali laptop gaming yang 17inch tetapi rasa lagi puas hati main atas PC. Laptop lebih sesuai untuk mobile walapun memang puas hati laptop tu boleh run 4 OS serentak atas VM.
Sebelum saya lupa, sesiapa pengguna komputer dengan preinstall Windows (lesen OEM) yang nak upgrade ke Windows 10 kena ingat yang lesen OEM Windows sebelum ni tu kira burn, takleh pindahkan ke komputer lain. Jadi kalau lagi suka Windows 7 atau Windows 8, baik revert semula ke Windows asal sebelum tempoh percubaan 30 hari tamat.
Pergi ke Settings> Update & Security> Go Back to Windows 7 @ 8.1
Jom upgrade ke Windows 10.