Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Microsoft mengumumkan pra-pesanan untuk produk Surface baharu iaitu Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 boleh mula dibuat pada 19 Oktober 2023 melalui peruncit dan pengedar Surface yang sah. Bagi pembeli yang membuat pra-pesanan dari 19 Oktober 2023 sehingga 8 November 2023, anda akan menikmati promosi eksklusif bagi setiap produk.
- Surface Laptop Studio 2 - Percuma Surface Slim Pen 2 (RM559)
- Surface Laptop Go 3 - Percuma Sennheiser CX True Wireless Earbuds (RM679)
Pembeli pra-pesanan juga akan mendapat langganan percuma selama sebulan untuk Microsoft 365 dan PC Game Pass. Selain itu, pelancaran Microsoft Copilot, teknologi AI yang direka untuk merevolusikan cara pengguna berinteraksi dengan teknologi dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti ini hanya tersedia untuk Windows 11, Microsoft 365, Microsoft Edge dan Bing.
Surface Laptop Studio 2
Peranti ini tampil dengan reka bentuk aluminium anod dengan skrin sentuh PixelSense Flow yang berukuran 14.4 inci dan kadar segar semula sehingga 120Hz.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Kamera Studio HD penuh dengan Dolby Vision IQ dan HDR serta pembesar suara Omnisonic dan Dolby Atmos. Ia dikuasakan pemproses Intel Core generasi ke-13 kelas H yang dibina pada platform Intel Evo dan padanan grafik NVIDIA GeForce RTX 4050, jangka hayat bateri selama 18 jam penggunaan, 32GB RAM dan 1TB storan SSD. Anda boleh miliki Surface Laptop Studio 2 dengan harga yang telah ditetapkan untuk pasaran Malaysia:

- 16GB RAM + 512GB SSD (Platinum) = RM12,199
- 32GB RAM + 1TB SSD (Platinum) = RM14,399