BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News ASUS Vivobook S14/S16 Copilot+ Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3699

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
ASUS hadir dengan dua komputer riba baharu untuk pasaran Malaysia menerusi Vivobook S14 (S3407) dan Vivobook S16 (S3607). Kedua-dua model merupakan Copilot+ PC mudah alih yang direka sebagai peneman ideal untuk kerja harian, dengan rekaan nipis dan ringan yang sesuai untuk gaya hidup moden.

ASUS-Vivobook-S14-S16-MY-edited-scaled.jpg.webp


ASUS Vivobook S14 dilengkapi dengan skrin 14-inci WUXGA OLED (1920 x 1200 piksel) dalam nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 60Hz, kecerahan puncak 300 nits, dan sokongan warna DCI-P3 95%. Ia dijana oleh CPU Snapdragon X X1-26-100 bersama GPU Qualcomm Adreno dengan padanan 16GB LPDDR5X RAM dan storan 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

ASUS-Vivobook-S14_S3407CA_VA_Product-photo_2G_Matte-Gray_10_2400x2400-Medium-edited.png.webp


Peranti turut menampilkan bateri 70Wh dengan sokongan pengecasan pantas 65W melalui USB-C. Dari segi audio, ia menyokong Snapdragon Sound, pensijilan Dolby Atmos, dan teknologi Smart Amplifier untuk pengalaman bunyi yang imersif. Kamera web 1080P turut disertakan untuk panggilan video berkualiti tinggi. Pilihan I/O terdiri dengan USB 3.2 Gen 1 Type-A, USB4 Gen 3 Type-C, HDMI 2.1 TMDS dan bicu audio 3.5mm. Kesemua ciri ini dimuatkan dalam tubuh ringan seberat hanya 1.35kg menjadikannya antara komputer riba AI paling nipis dan berkuasa dalam kelasnya.

ASUS-Vivobook-S16_S3607CA_VA_Product-photo_2G_Matte-Gray_03_2400x2400-edited.png.webp


ASUS Vivobook S16 pula dilengkapi dengan skrin 16-inci WUXGA OLED (1920 x 1200 piksel) dalam nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 60Hz, kecerahan puncak 300 nits, dan sokongan warna DCI-P3 95%. Ia dijana oleh CPU Snapdragon X X1-26-100 bersama GPU Qualcomm Adreno dengan padanan memori 16GB LPDDR5X RAM dan storan dalaman 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD.

ASUS-Vivobook-S16_S3607CA_VA_Product-photo_2S_Cool-Silver_Web_04_2400x2400-edited.png.webp


Komputer riba ini turut dilengkapi bateri 70Wh dengan sokongan pengecasan pantas 65W melalui USB-C, serta kamera web 1080P. Sistem audio pula menyokong Snapdragon Sound dengan pensijilan Dolby Atmos dan teknologi Smart Amplifier untuk pengalaman bunyi yang imersif. Pilihan I/O disediakan merangkumi USB 3.2 Gen 1 Type-A, USB4 Gen 3 Type-C, HDMI 2.1 TMDS dan bicu audio 3.5mm.

ASUS-Vivobook-S14-S16-Copilot-MY-950x594.png.webp


Bagi yang berminat, ASUS Vivobook S14 dan Vivobook S16 boleh didapati di Malaysia dengan harga jualan RM3699 sebuah.​
 
Back
Top
Log in Register