BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Sedang Uji Rekaan Start Menu Baru Melalui Insider Beta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
67,450
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
67,450
Reaction score
7,417
Points
916
Awards
1
Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi Windows 10 Insider Beta versi terbaru, dan salah satu perbezaan dari segi antaramuka yang dapat dilihat ialah perubahan kepada Start Menu.

Melalui sistem operasi ujian ini, ciri Start Menu dilihat mempunyai latar belakang lutsinar, disamping jubin perisian yang seragam warnanya, dan tidak lagi menggunakan blok warna berlainan.

Start Menu ini juga akan berubah warnanya jika mod gelap digunakan. Malah, pengguna turut boleh memilih warna yang ingin digunakan bergantung kepada pilihan yang diberi.

Microsoft juga menguji perubahan sistem operasi kepada mod tablet secara automatik pada komputer riba 2-dalam-1 apabila bahagian tablet dicabutkan.

Microsoft Edge juga memperlihatkan ciri baru dimana memegang Alt+Tab akan memperlihatkan semua tab yang dibuka pada pelayar web tersebut.

Microsoft-Start-Menu-Beta.gif


Sumber asal https://www.engadget.com/windows-10-start-menu-virtual-refresh-073147373.html
 
Sponsored Post

Microsoft Perkenalkan Rekaan Ikon File Explorer Baru Untuk Windows 10 Insider Build Terkini

Windows Insider merupakan program ujian sistem operasi Microsoft yang memperlihatkan rekaan dan ciri-ciri baru untuk diuji sebelum ia diperkenalkan pada kemaskini akhir untuk sistem operasi Windows 10 versi pengguna. Insider Build terkini, yang dinamakan Insider Preview Build 21343 memperlihatkan ikon baru dalam File Explorer. Ini termasuklah perubahan dari segi ikon folder, OneDrive, storan, Recycle Bin dan sebagainya yang diperlihatkan didalam perisian tersebut.

Pictures-Folder@2x-refresh-950x809.png.webp
DriveAndRecycle@2x-950x200.png.webp

Pihak Microsoft mengatakan bahawa pertukaran ikon ini bukanlah sesuatu yang baru, dan telahpun bermula sejak tahun lepas lagi, dan mereka akan memperkenalkan lebih banyak ikon baru melalui versi Insider Build akan datang. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkan ikon-ikon baru ini untuk versi sistem Windows 10 pengguna.

Sumber asal https://blogs.windows.com/windows-i...ncing-windows-10-insider-preview-build-21343/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register