BTC USD 81,240.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft lancar komputer tablet mega

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NEW YORK 22 Mei - Syarikat perisian komputer, Microsoft semalam memperkenalkan komputer tablet bersaiz besar dalam usaha firma itu menyaingi Apple yang terkenal dengan iPad dalam pasaran komputer tablet dunia.

Tablet diberi nama Surface Pro 3 itu, merupakan cubaan ketiga Microsoft dalam memasarkan komputer tablet mereka yang dijangka berada di pasaran pada bulan depan.

Surface Pro 3 mempunyai skrin berukuran 30.4 sentimeter berbanding edisi sebelum ini yang hanya berukuran 26.9 sentimeter.

Komputer tablet itu akan dijual pada harga AS$799 (RM2,565) hingga mencecah harga AS$1,949 (RM6,257).

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Satya Nadella berkata, Microsoft cuba melonjakkan penjualan komputer tablet dan telefon bimbitnya, supaya produk keluaran syarikat itu kekal relevan dengan pengguna ekoran perubahan dalam penggunaan gajet tersebut.

Semasa satu majlis pengenalan tablet itu di sini, Nadella menjelaskan, Microsoft yang baru-baru ini mengambil alih perniagaan telefon bimbit Nokia amat komited dalam menghasilkan gajetnya sendiri di sebalik ‘kegagalan’ produk-produk syarikat di pasaran ketika ini.

"Kami tidak membina kelengkapan untuk kepentingan peralatan itu, tetapi kami mahu membina pengalaman yang membawa bersama kesemua kemampuan syarikat ini.

"Surface Pro 3 merupakan sebuah komputer tablet dan juga komputer riba,’’ tambahnya sebagaimana lapor Mail Online.
 
Back
Top
Log in Register