alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Microsoft Malaysia akan mengeluarkan satu kemas kini khas 'out-of-band' pada tengah malam Khamis bagi menangani kelemahan berkaitan dengan serangan terhadap enjin carian Google baru-baru ini.
Kemas kini itu berfungsi sebagai lapisan perlindungan tambahan bagi semua pengguna Internet Explorer yang disokong, kata pegawai teknologi nasional syarikat itu, Dzahar, dalam satu kenyataan.
"Kami menasihati pelanggan agar memasang kemas kini 'out-of-band' ini apabila ia tersedia lewat malam nanti," katanya.
"Bagi pelanggan yang menggunakan kemas kini automatik, kemas kini ini akan secara automatik diguna pakai sebaik sahaja ia dikeluarkan," katanya.
Dzahar berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan daripada CyberSecurity Malaysia semalam yang memberi amaran kepada pengguna Internet kelemahan kritikal yang melibatkan browser Internet Explorer Microsoft.
Beliau juga berkata setakat ini, satu-satunya serangan yang berjaya yang dikesan oleh Microsoft, terhad dan hanya melibatkan Internet Explorer 6 (IE6).
Bagi perlindungan keselamatan yang lebih baik, Dzahar menasihatkan pengguna IE6 menaik taraf dengan segera kepada Internet Explorer 8 berikutan ciri-ciri keselamatannya yang bertambah baik.
"Kami terus memantau situasi itu dan akan memaklumkan kepada pelanggan sebarang perubahan kepada situasi atau landskap ancaman menerusi Blog Pusat Respon Keselamatan Microsoft (http://blogs.technet.com/msrc/).