BTC USD 104,418 Gold USD 2,726.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Defender Memberikan Amaran Untuk Pemasangan CCleaner

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,579
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,579
Reaction score
7,089
Points
916
Awards
1
CCleaner merupakan salah satu perisian yang popular dikalangan ramai pengguna Windows, dimana ia memudahkan pengguna untuk membuang perisian yang tidak diingini, termasuk membuang fail-fail yang tidak diperlukan lagi.

Apa pun, kini Microsoft Defender menyenaraikan CCleaner sebagai perisian berbahaya – dan akan memaparkan notifikasi sekiranya anda cuba memasangnya.

Sebab utamanya adalah kerana perisian percuma CCleaner sering menyertakan pautan pemasangan tambahan untuk perisian lain – termasuk pelayar web, antivirus, toolbar pelayar web, dan sebagainya.

Perkara ini membuatkan perisian ini disenaraikan sebagai berbahaya kerana menyertakan perisian tambahan yang tidak diperlukan, yang mungkin memberikan impak negatif kepada pengalaman pengguna.

Microsoft memberi amaran supaya pengguna berhati-hati ketika memasang perisian ini, bagi mengelak memasang sebarang aplikasi yang tidak diingini yang hadir bersama-sama pemasangnya.

ccleaner-install-768x556.jpg


Sumber asal https://www.microsoft.com/en-us/wds...ption?Name=PUA:Win32/CCleaner&ThreatID=277099
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register