BTC USD 84,228.5 Gold USD 4,145.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malwarebytes Memperkenalkan Perisian Khusus Untuk Mengatasi Ransomware Telecrypt

a2zextra

Legendary Member
gem
Messages
16,408
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,408
Reaction score
274
Points
141
Malwarebytes Memperkenalkan Perisian Khusus Untuk Mengatasi Ransomware Telecrypt

Malwarebytes merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perisian sekuriti, terutamanya memfokuskan kepada malware. Terkini, mereka hadir dengan sebuah perisian khusus untuk mengatasi ransomware yang dinamakan sebagai Telecrypt.

Ransomware merupakan salah satu perisian yang bersifat membuatkan fail anda dalam komputer dijadikan “tebusan”, dan anda perlu membuat pembayaran atau sebagainya untuk mengakses dokumen atau fail sedia ada anda.

Sekiranya komputer anda terjangkit, anda tidak boleh membuka fail-fail berkenaan kerana ia melalui penyulitan khusus. Terkini, salah satu ransomware yang turut tersebar di arena internet melalui emel, muat-turun dan sebagainya adalah Telecrypt.


telecrypt.png

Fail yang dijangkiti dengan Telecrypt ini tidak boleh dibuka, dan apabila dibuka ia akan menjalankan sebuah program khusus. Malah sebuah fail teks akan ditambah pada bahagian desktop memperlihatkan fail dan dokumen yang terjejas.

Untuk menggunakan Malwarebytes Telecrypt Detector, pengguna perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu fail yang dijangkiti dalam keadaan baik. Perkara ini mungkin boleh didapati daripada dokumen yang sedia anda membuat salinan di emel aatau storan awan. Perisian ini kemudian akan membandingkan dan mengatasi penyulitan berkenaan, sekaligus membebaskan pelbagai dokumen anda daripada masalah ransomeware Telecrypt ini.


Muat turun Telecrypt Detector

Sumber
 
oo dah ada ubat ye.. harap2 odin xevolve lagi la
 
file dalam pendrive jadi hidden tu malware ni ke??

ramai yg tokono
 
bkn.. kna yg tu sng jer nk repair..
guna smadav pun dah boleh..

bos, ada pompuan nih suruh aku scan dia punya pendrive, aku ada kaspersky je..

scan mmg xjumpa apa2, tapi semua file dia hilang, aku ada double klik kat folder2 yang masih ada dan terklik pada icon folder tapi ssbenarnya dia file..

ada kah komputer aku dah infected??

aku guna os windows 10..
 
bos, ada pompuan nih suruh aku scan dia punya pendrive, aku ada kaspersky je..

scan mmg xjumpa apa2, tapi semua file dia hilang, aku ada double klik kat folder2 yang masih ada dan terklik pada icon folder tapi ssbenarnya dia file..

ada kah komputer aku dah infected??

aku guna os windows 10..

xkn kaspersky xdetect? :-?
kompius gakk pasal virus ni dah lama..
 
Malwarebytes 3.0 Dilancarkan – Ingin Menggantikan Antivirus Pada Komputer Anda

Malwarebytes adalah salah satu perisian yang memudahkan pengguna dalam mengatasi pelbagai masalah virus dan malware. Terkini, pembangunnya telah memperkenalkan versi generasi ketiga perisian mereka, dan melaluinya, Malwarebytes mengatakan ia mampu menggantikan perisian antivirus tradisional pada komputer.

malwarebytes3.png

Malwarebytes seperti biasa, hadir dengan sokongan anti-malware dan juga anti-spyware untuk versi percuma. Tetapi untuk versi berbayar, mereka kini menyediakan sokongan perlindungan masa-nyata seperti perisian antivirus lain, sokongan anti-ransomware, dan beberapa penambahan yang lain.

Bagi pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu, Malwarebytes menawarkan fungsi premium secara percuma selama 14 hari.


Muat turun Malwarebytes 3.0

Sumber
 
boleh caya ke ngn malwarebytes ni... tak penah tolong ambe pun
 
Back
Top
Log in Register