BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft kini sedang menguji ciri baharu pada pelayar Edge untuk Android yang membolehkan pengguna memainkan video di latar belakang tanpa memerlukan anda melanggan YouTube Premium. Ciri memainkan video secara latar di peranti Android ketika ini memerlukan pengguna melanggan YouTube Premium. Ciri ini mula diuji pada pelayar Microsoft Edge Canary. Ciri ini boleh diaktifkan dengan menaip edge://flags di ruang alamat web. Kemudian, anda buat carian Video Background Play dan pilih Enabled On by default in settings. Pastikan anda Restart aplikasi pelayar tersebut untuk perubahan.
1757340691170.png

1757340674052.png


Selepas dihidupkan, video YouTube akan terus dimainkan walaupun anda menukar tab, membuka aplikasi lain, atau mengunci peranti. Walaupun video tidak dipapar di skrin tapi audio tetap dimainkan. Jadi, ciri ini sangat berguna bagi mereka yang suka dengar muzik campuran (Mix) di YouTube. Serius berjaya dengan penulis sudah pun mencubanya sendiri, Jadi, anda boleh mengujinya sendiri untuk merasai pengalaman premium ini.
1757340731183.png

Jadi, jika ciri ini dibawa ke versi stabil Edge, pengguna Android berpotensi menikmati faedah seakan YouTube Premium secara percuma. Menjadikan lebih menarik adalah Edge Canary turut menawarkan penyekat iklan terbina, termasuk untuk YouTube, menjadikan pengalaman menonton lebih lancar tanpa gangguan iklan.​
 
Back
Top
Log in Register