TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Washington 12 April – Microsoft Corporation akan menamatkan sistem operasi Windows Vista berikutan tidak mendapat sambutan di seluruh dunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2007.
Menurut Microsoft, pihaknya telah menyediakan sokongan kepada Windows Vista selama 10 tahun dan kini telah tiba masa untuk menghentikannya.
“Pemberhentian tersebut membolehkan sumber-sumber yang ada digunakan bagi tujuan pelaburan dalam teknologi terkini dan menyampaikan pengalaman baharu kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sejak dilancarkan bagi menggantikan sistem operasi Windows XP, Windows Vista telah menerima kritikan daripada pengguna seluruh dunia kerana terdapat banyak kelemahan.
Selain itu, Windows Vista hanya mengusai 0.78 peratus pasaran operasi sistem komputer manakala Windows XP yang telah dihentikan pada 2014 mempunyai lapan peratus penguasaan.
Walaupun beberapa pembaharuan dibuat seperti mempertingkatkan visual yang disambut baik oleh pengguna, namun sistem operasi berkenaan tidak berfungsi dengan baik.
Dan kini telah tiba masanya pengguna Windows Vista untuk memilih sistem operasi yang lebih baik. – AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...n-sistem-windows-vista-1.468813#ixzz4e561AV1X