ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Gambar yang dirakamkan 19 Julai tahun lalu menunjukkan anggota pasukan penyiasat Belanda memerhati serpihan pesawat di lokasi nahas pesawat MH17 di Kampung Grabove, timur Ukraine. - AGENSI
AMSTERDAM 10 April – Kerajaan Belanda semalam mengeluarkan sebanyak 575 dokumen berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai tahun lalu.
Portal berita tempatan, NL Times melaporkan penyiasat mendedahkan dokumen itu selepas media tempatan menggesa kerajaan berbuat demikian atas alasan kebebasan maklumat.
Bagaimanapun, maklumat mengandungi data peribadi 298 penumpang MH17, akan kekal sulit.
Dokumen-dokumen itu kebanyakannya dalam bentuk e-mel daripada Pasukan Krisis Kebangsaan yang ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas berkenaan.
Belanda mengetuai siasatan nahas tersebut kerana sebanyak 193 penumpang MH17 yang terkorban merupakan rakyatnya.
Pesawat tersebut terhempas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Dokumen yang dikeluarkan itu mengandungi sedikit maklumat tentang punca nahas.
Penyiasat berkata, punca nahas hanya akan didedahkan dalam laporan lain pada hujung tahun ini.