BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS MFL Tambah Kuota Import

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836

MFL tambah kuota import​


30 JAN 2024

2519806.jpg


LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan tambahan satu kuota import untuk pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), ACL2 dan juga pertandingan kelab ASEAN (AFF) musim depan.

MFL dalam satu kenyataan berkata, ia selepas AFC dijangka akan mengumumkan peraturan pemain asing tanpa had untuk pertandingan kelab di Asia.

“MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut sebaliknya, MFL mengekalkan kuota sembilan pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025 dan hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC dibenarkan mendaftar tambahan satu pemain import.

“Namun selepas menerima permintaan beberapa kelab MFL serta mendapat persetujuan oleh kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025.

“Ini bermakna kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4 1 (Asia) 1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, MFL mengingatkan mengingatkan kepada semua kelab agar mengambil pemain import mengikut kesesuaian percaturan serta kemampuan kewangan masing-masing.


 
“MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut sebaliknya, MFL mengekalkan kuota sembilan pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025 dan hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC dibenarkan mendaftar tambahan satu pemain import.
 
Perkembangan Berkaitan

 
FB_IMG_1706632154511.jpg


Atas permintaan beberapa kelab MFL serta mendapat persetujuan oleh kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025.

Ini bermakna kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4+1 (Asia)+1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan.

P/s : Ada beberapa kelab (lebih dari 3) masih bermasalah gaji (dirahsiakan). Tapi diberi tambah lemak tambah kouta nafsu (import) 😂😂 kelab yang tak mampu tu SILA SEDAR DIRI LAA !!
 
FB_IMG_1706689835635.jpg


Tahukah deme?

Pihok penganjur Liga Malaysia teloh mengumumkan pekeliling baharu liga musim 2024-2025 dengan tambahan 9 pemain import dalam skuod. 6 pemain import pula dibenorkan beraksi di atas padang.

Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif para pendukung klub² di Liga Super (kecuali TRW FC). Peraturan baharu yang diperkenalkan ini dilihat agak kontra dengan objektif pasukan² yang bertanding dimana kebanyakannya ingin mengecilkan bajet pasukan bolasepak masing² disamping dapat menjimatkan pitih ro'yat.

Namun sebaliknya berlaku dalam kalangan pendukung Terengganu FC. Pendukung TFC dilihat sebegitu tenang dan tidak melemparkan caci nista maki hamun terhadap peraturan baharu tersebut.

Ini adalah disebabkan visi dan misi pihak pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. yang mana telah merangka gerak kerja dan perancangan rapi bertahun lamanya sebelum badan penganjur melakukan keputusan. TFC dilihat teloh bersedia dengan barisan import² yang hanya menunggu masa sahaja untuk diperkenalkan kepada ro'yat.

Bagaimana pandangan awok² kita berkenaan perancangan hebat pihak pengurusan kita ini? Adakah awok² sudoh bersedia melaungkan amaran kepada pasokan² lain bahawasanya TFC akan mengganas dalam Liga Malaysia musim ini? Banyok mana bunga api hok awok² standby untuk kita pasang di belakang Drawbridge dan Jambatan Manir? Berapa butir bas doh sek² deme booking untuk ke Bukit Jaley?

- Biro Dasar dan Pembangunan Strategik SokerMung
 
FB_IMG_1706691713104.jpg


𝗗𝗮𝗿𝗶 700 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 300 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗙𝗟

Kiraan ringkas pasukan dan pemain tempatan profesional sejak Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004. Terdapat 26 pasukan profesional terlibat dalam pertandingan tersebut.

Sekurang-kurang terdapat 520 pemain profesional tempatan dapat beraksi di pentas tertinggi negara - selepas ditolak pemain import dan had daftar 25.

Kemudian import dimansuhkan dan ketika itu terdapat 28 pasukan profesional yang membawa kepada 700 pemain profesional tempatan.

Laju ke hadapan, pada tahun 2015 MFL diwujudkan, ketika itu mereka dikenali sebagai MFLLP. Tujuan MFLLP diwujudkan untuk mengurangkan beban FAM dan semestinya mengembangkan Liga M.

Ketika MFLLP wujud, jumlah pasukan profesional masih lagi baik iaitu 24 pasukan namun selepas itu kuota import dinaikkan kepada 5 orang.

Jadi, pemain tempatan menurun kepada 480 termasuk naturalisasi atau warisan.

MFL hadir dengan satu idea yang bijaksana iaitu membenarkan pasukan feeder bermain di liga profesional.

Kata MFL dan para peminatnya ketika itu, ia bagus untuk pembangunan.

Peminatnya sedikit senyap apabila MFL membuang had umur dalam pasukan tersebut. Pembangunannya sudah ke laut biru.

Objektif MFL tercapai apabila beberapa kelab terkubur tanpa batu nesan seperti T-Team, PKNS, PKNP termasuk Johor fc.

Malah MFL mendapat satu bonus, Liga Perdana juga ditalkinkan kerana tidak cukup kelab lagi untuk bermain disana.

Pada musim lepas MFL datang dengan idea pasukan feeder versi baharu yang lebih canggih.

Jika dahulu hanya pasukan yang mampu sahaja boleh memiliki pasukan feeder, kali ini semua wajib ada. Ia dipanggil pasukan simpanan yang bermain di Piala MFL, ya nama organisasinya.

Pada mulanya ia tidak lah kelihatan pasukan feeder versi canggih, musim hadapan ia akan kelihatan begitu lah selepas 5 pemain lebih umur dan import boleh digunakan.

Jumlah pasukan profesional di Malaysia telah menurun 50%, dari 28 kepada 14 - sebenarnya 13 sahaja yang sudah disahkan bermain.

Dari 700 pemain tempatan, ia hanya tinggal sekitar tidak sampai 300 pemain tempatan. Angka tersebut belum ditolak pemain naturalisasi dan warisan.

Jika MFL menggunakan standard had daftar dunia (25 pemain), hanya terdapat sekitar 200 pemain tempatan.

Katakan dalam 200 pemain itu 30 darinya pemain naturalisasi dan warisan. Berapa pemain tempatan yang tinggal?

Seperti idea pasukan feeder versi 1.0, versi 2.0 juga mempunyai bonus yang bakal diterimanya.

Pasukan akan terbeban untuk menyara pasukan feeder 2.0 kerana syaratnya wajib. PJ City awal-awal sudah pull off.

Beberapa kelab ada tunggakkan gaji dalam pasukan tersebut dan akan merebak ke pasukan senior.

Beberapa kelab bakal terkubur.

Har... Har... Har... tahap MFL dah setaraf dengan Ayah Pin. Semakin tidak terjangkau dek akal. Orang tempatan boleh fokus hoki lah.

Sukan tu masih bebas naturalisasi, import dan had gila.


Zuraimi Zukri
 
Beberapa posisi yang kritikal dalam pasukan negara seperti pertahanan dan serangan akan berdepan masalah sekiranya tiada ruang diberikan kepada pemain tempatan untuk menyerlah - Dr Pekan

 
Back
Top
Log in Register