clorox_bersih
Legendary Member

- Messages
- 18,906
- Joined
- Jul 2, 2008
- Messages
- 18,906
- Reaction score
- 44
- Points
- 120

Sebenarnya ini adalah situasi normal kepada sesiapa yang pernah pergi ke perkarangan parlimen. Kalau dilihat di kaca televisyen mahupun video-video youtube yang memaparkan debat dan perbahasan di dewan rakyat antara pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang adakalanya sehingga bertikam lidah, hentam menghentam bagi menegakkan pendirian masing-masing.
Tetapi habis sahaja sidang parlimen berlangsung atau semasa waktu rehat, mereka boleh duduk dan minum semeja tidak kira berlainan ideologi politiknya. Begitulah yang terjadi antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Malaysia semalam.
Rileks sekejap….di celah-celah kehangatan sidang Dewan Rakyat di mana kebnayakan ahli parlimen pembangkang sedang berentap dengan ahli parlimen Barisan Nasional, suasana di bilik rehat ahli parlimen pula riuh dengan gelak ketawa. Waktunya sekitar jam 5 petang pada hari Selasa iaitu semalam. Di satu sudut, kelihatan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersembang mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka disertai oleh Datuk Seri Nazri Aziz.
Najib Razak telah singgah seketika di bilik rehat berkenaan sewaktu menghadiri sidang Dewan Rakyat. Kebetulan Anwar Ibrahim ada dalam bilik itu, sedang bersembang dengan Nazri Aziz dan Najib terus duduk menyertai mereka.
agak2 kite yang asik bergasak kat dalam section ni,
kalau jumpa kat luar ada macam ini ka?
ke sama je macam kat dalam ni:-?:-?