BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesej Twitter: Nizar mohon maaf

skarang ni dari mana duit yang digunakan oleh sultan johor tu x penting...bagi saya tidak apa lah..duit tu dilaburkan jugak ke dalam badan kerajaan malaysia (hasil)...yang penting, duit hasil bidaan dari semua nombor itu akan ke mana? itu yang perlu dipertikaikan....

betol tu..
 
Nizar kena lebih LEBIH LEBIH LEBIH berhati-hati dalam kenyatan dan tindakan.

sapa2 dok keliling dia.... he need good advice n play smart politic.

p/s: teman bagi kenyataan umum je... :D
 
bagus la dah mintak maap. kang kena pelempang sultan kang nyesal pulak...hehehe
 
image.jpg


IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/mesej-twitter-nizar-mohon-maaf-1.51969



Tak hairanlah rupanya YB pun berangapan seperti tu. kecoh dengan hak peribadi orang lain.
 
Sebab itu orang kata,siasat dulu sebelum berbicara dan jangan mudah melenting. Aduhai. Kalau nak tegur, pergi jumpa. " Duit RM520K ni,mung sedekah kat aku..aku bui ko anok yatim..seney cerito..toksoh bui ko kerajae."

Ko guanO?

#tapi duit yg JPJ dpt tu RM520K byk. Sedekah-sedekah kat rakyat ler.
 
apa2 aje la En.Nizar....ada aku kesah....haha...
 
biasala la Nizar...cakap dulu..fikir kemudian...janji nafsu untuk berkata-kata terlampias..:eek:
 
Nizar kena lebih LEBIH LEBIH LEBIH berhati-hati dalam kenyatan dan tindakan.

sapa2 dok keliling dia.... he need good advice n play smart politic.

p/s: teman bagi kenyataan umum je... :D

Nizar ni jenis kelam kabut ...
 
laaaa...dia ni ape kes?
dah sampai sultan pon dia babitkan.
politik tu politik la, nape nak babit sultan pulak
ape daa...

biasala kalau org dah meroyan jawatan menteri besar merapu jela dia nak tarik perhatian...
 
Back
Top
Log in Register