ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ROMPIN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (Muip) Cawangan Kuala Rompin terus komited mendekati masyarakat Orang Asli dalam usaha memperkenal dan menjelaskan kepada kaum peribumi mengenai agama Islam.
Usaha itu dilakukan melalui Program Ziarah Dakwah dan Ramah Mesra yang turun ke peringkat lapangan bertemu sendiri dengan masyarakat Orang Asli di beberapa perkampungan yang ada di sekitar Kuala Rompin.
Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Rompin, Mohd Hafis Mohd Saad berkata, tujuan program tersebut adalah untuk mendekati masyarakat Orang Asli yang berminat memeluk agama Islam dan mungkin berniat untuk mendalami Islam.
"Program ini memudahkan urusan masyarakat Orang Asli di mana mereka tidak perlu ke pejabat Muip, sebaliknya Muip sendiri akan turun ke lapangan bertemu mereka bagi beri penjelasan atau penerangan.
"Setakat ini maklum balas yang sangat baik kami terima daripada penduduk-penduduk Orang Asli dan juga memberi kerjasama serta layanan yang baik kepada petugas Muip," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Hafis, program ziarah dan ramah mesra itu juga tiada tentangan oleh mana-mana pihak di peringkat kampung kerana ia juga mendapat kerjasama yang baik daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Tok Batin.
"Pihak Muip juga berbesar hati dan menghargai kepimpinan di peringkat kampung yang menerima kedatangan Muip. Kami boleh bersembang, bertanya khabar dan mendapatkan maklumat isi rumah sehinggalah dipelawa masuk.
"Namun, setakat ini mereka belum sedia peluk Islam, tetapi penerimaan yang baik itu sudah menunjukkan isyarat positif mereka dan kita berharap suatu hari nanti hati mereka akan terbuka untuk menerima Islam," katanya.