eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUANTAN: “Saya menjerit memanggil ibu sambil menangis kerana fikir ibu sudah mati selepas dia terjatuh ke lantai dan tidak bangun-bangun.
“Bagaimanapun, dia bangkit dan memegang tangan saya serta kakak sebelum kami merangkak keluar dari pintu belakang bas yang senget selepas kenderaan itu terlanggar sesuatu,” kata Aina Atika Mohd Kasim, penumpang bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer 56, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Pusat Latihan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Paya Bungor, Gambang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bas ekspres Transasional dari Kuala Lipis ke Kuantan gagal dikawal sebelum merempuh belakang sebuah jengkaut.
Kejadian menyebabkan bas terbabas melanggar sebuah pondok menunggu bas sebelum masuk ke longkang di bahu kiri jalan dan menyendeng, manakala jengkaut pula terbalik dan menyerong ke sebelah kanan jalan.
Akibatnya, bahagian depan bas itu remuk teruk dengan cerminnya pecah mencederakan pemandunya, Abdul Wahab Aman, 51, yang luka di lengan kanan, manakala lapan penumpang lain terselamat.
Bagaimanapun, pemandu jengkaut, Lam Yong Fatt, 39, dari Bera, cedera di pinggang dan patah kaki kanan meninggal dunia jam 11.30 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Menurut Aina Atika, 12, dia bersama ibu, Noriah Mohamad, 54, dan kakak, Anizatun Faiza, 15, dari Sungai Kerpan 3, Kuala Lipis, dalam perjalanan ke Kuantan untuk melawat seorang lagi kakaknya yang baru melahirkan anak.
“Ketika kejadian, kami bertiga yang duduk di bahagian depan tertidur kerana mengharungi perjalanan jauh selepas menaiki bas dari Kuala Lipis jam 3 petang,” katanya.
Katanya, dia hanya tersedar selepas tiba-tiba terjatuh dari tempat duduk dan melihat ibunya terbaring di lantai bas sebelum menangis kerana ketakutan.
Seorang lagi mangsa, Nelly Jufri Chan, 22, berkata sebelum kejadian, dia yang duduk di kerusi belakang bas tiba-tiba berasa kenderaan itu tidak stabil dan terhoyong-hayang diikuti dua dentuman kuat sebelum terus terbabas dalam sekelip mata.
“Sebelum kemalangan itu, pemandu bas sempat berhenti di sebuah masjid untuk membasuh muka bagi menghilang rasa mengantuk.
“Bas yang kami naik seperti terlanggar sesuatu sebelum terbabas dan senget menyebabkan saya tercampak. Saya juga mendengar jeritan penumpang lain yang ketakutan dan bimbang dengan keselamatan diri.
“Kami terpaksa merangkak keluar dari pintu belakang bas itu dan bernasib baik kerana tidak cedera,” katanya.
Menurutnya, pemandu sempat memberitahu pihak syarikat bas terbabit akan menjemput penumpang dengan bas lain dan menurunkan mereka di stesen bas dan teksi Terminal Makmur.
“Namun, sehingga jam 12 tengah malam, bas ganti yang dijanjikan tidak kunjung tiba menyebabkan penumpang terpaksa menghubungi ahli keluarga dan rakan untuk menjemput mereka di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Goh Ewe Gee, berkata bas yang membawa lapan penumpang bertolak dari Kuala Lipis kira-kira jam 3 petang sebelum berhenti di Temerloh tiga jam kemudian dan dijangka tiba di Kuantan, kira-kira jam 9 malam.
Menurutnya, siasatan mendapati punca kemalangan adalah kecuaian pemandu bas apabila dipercayai gagal mengawal kenderaan itu dan menyebabkan ia terbabas dan terhumban ke dalam longkang.