Menyesal Berzina

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Saya pernah berzina beberapa tahun dahulu dan sekarang saya benar-benar menyesal atas keterlanjuran tersebut. Saya selalu bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Tetapi saya tidak yakin adakah taubat saya benar-benar diterima, kerana jika mengikut hukum hudud bererti saya perlu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali.

Untuk menggantikan hukuman tersebut, perlukah saya menyerah diri kepada pihak berkuasa, supaya dihukum setimpal dengan hukuman yang dijalankan oleh pemerintah pada masa ini? Saya benar-benar menyesal dan ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Harap ustaz dapat membantu saya.

Jawapan :

Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.

Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.

Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Syarat tawbat ini adalah :-

Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam
 
Sponsored Post

Boleh ke pi buat lagu tu?
 
mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Bermkna pihak berwajib telah berdosa!!
siapakah pihak berwajib??Pemerintah???
 
tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,187
Reaction score
820
Points
176
g aceh pun boleh... sebab derang pun jalan hukum hudud... jauhilah zina... ingat ni.. kalau mereka yang dah berkahwin maka hukumnya DIREJAM SAMPAI MATI
 
razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Salam...

Sekadar pandangan...

Bab ini saya tak expert..

Tapi apa yang pernah saya fahami, hukuman yang dijalankan
bukanlah untuk membuang dosa.

Tetapi ia adalah sebagai tanda bahawa zina itu amat bahaya kepada
masyarakat.

Dan dengan hukuman sebat dan rejam juga sebenarnya ia mencegah penyakit
dari tersebar... Malah aids pun pernah dikaji dapat diselesaikan
dengan hukuman ini dari merebak...

Itu pandangan jer..
 
iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
hukuman sebat 100 kali tu..

pada fahaman saya pula...

jika dilaksanakan didunia...

insyAllah terlepas hukuman di 'sana'....
 
hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
hukuman sebat 100 kali tu..

pada fahaman saya pula...

jika dilaksanakan didunia...

insyAllah terlepas hukuman di 'sana'....
Setuju ngan pendapat nih...disamping dari pengajaran untuk yang lain :)
 
GABAN_Z

Active Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
1,601
Reaction score
22
Points
25
So mcm aku dulu pernah melakukan zina dan kini telah bertaubat nasuha.... adakah aku perlu menjalani hukuman.... sekdar bertanya
 
abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,738
Reaction score
36
Points
70
maaf la ye...saye pon tak paham sgt...
cume setahu saya, 4 org saksi wajib memberi keterangan...sbg saksi..
masa zaman nabi dulu, ada seorang wanita mengandung dtg jumpa rasulullah,
bgtau dia berzina...pastu rasulullah sruh dia lahirkan dulu anak tu..
pas lahir dia jumpe lagi...rasulullah minta dia susukan pula anak tu...
pastu tak ingat...

ape yg saya nak bgtau, bukan senang hukuman tu boleh dijatuhi walaupun kita mengakui..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register