BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menyamun pakai vest polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BATU PAHAT – Tindakan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertujuan menyamun seorang pemandu pacuan empat roda tidak berjaya apabila perbuatan mereka disedari polis trafik yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.35 malam itu, suspek kelihatan memakai vest polis, berseluar pendek dan berambut panjang sekaligus mengundang rasa curiga anggota polis yang kemudiannya bertindak memeriksa ketiga-tiganya sebelum mereka melarikan diri.

Menurutnya, polis kemudian terus mengejar suspek sejauh kira-kira lima kilometer sebelum kereta yang dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan di Jalan Tanjung Labuh, di sini, berhampiran Sekolah Menengah Sains Batu Pahat.

“Dua daripada tiga suspek berjaya diberkas dengan bantuan MPV, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan dan menyembunyikan diri untuk beberapa ketika.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, suspek ketiga berjaya ditangkap di Kelab Golf Banang,” katanya.

Din berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 41 itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki turut menemui satu vest polis, dua bilah parang dipercayai digunakan untuk menyamun dan sepucuk pistol mainan.

“Kesemua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah samun kenderaan di Semerah dan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang daripada suspek masih dalam jaminan mahkamah berhubung kes curi kenderaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai anggota polis, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/menyamun-pakai-vest-polis-1.170212
 
hukuman yg dikenakan kt malaysia ni memang x menakutkan penjenayah langsung ye? masih dalam jaminan mahkamah pun selamber je duk nyamun org lg..
 
patut tembak jer,,,,, kasi kat kepala lutut supaya cacat.
 
cekap jugak encik polisi ni. nampak pak polisi terus kecut lari.
 
hukuman yg dikenakan kt malaysia ni memang x menakutkan penjenayah langsung ye? masih dalam jaminan mahkamah pun selamber je duk nyamun org lg..

Nie da memang betol2 tegar nie...
 
x sedar2 diri lg.bg je hukuman berat.baru mereka ni takut nk bt lg.
 
Back
Top
Log in Register