eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PETALING JAYA: “Saya malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai saya di Facebook.
“Perkara ini mencemar imej saya kerana si penyamar memberi reaksi kepada peminat kononnya dia saya sedangkan ia penipuan semata-mata,” kata pelakon dan penerbit, Haliza Misbun, 36, yang kecewa namanya digunakan seorang 'penyamar siber' melalui laman sosial untuk melayan peminatnya.
Menurutnya, dia tidak menyedari mengenai kemunculan penyamar yang menggunakan identitinya di laman sosial Internet itu sehinggalah seorang teman rapat memaklumkan dia ada berhubung dengan pelakon terbabit melalui Facebook, baru-baru ini.
“Saya terkejut sebaik ditunjukkan mengenai diri saya di Facebook dengan semua gambar dan biodata di laman sosial itu.
“Saya pelik apabila penyamar itu turut membalas komen peminat seolah-olah dia adalah diri saya,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.
Haliza berkata, sebelum ini ada rakan memaklumkan perkara sama dan mendakwa dia tidak pernah membalas mesej di laman sosial itu.
“Ia menjadi bertambah serius apabila membabitkan ramai peminat yang tertipu dengan individu terbabit.
“Saya memang tidak pernah berdaftar dengan mana-mana laman web sosial sebelum ini disebabkan kesibukan kerja selain ‘buta IT' (teknologi maklumat),” katanya.
Justeru, Haliza berharap individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu segera menutup akaun di laman sosial berkenaan sebelum tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
“Saya rasa individu yang melakukan perbuatan ini bukan saja tidak bertanggungjawab, malah tidak berperikemanusiaan dengan menggunakan identiti saya untuk memalukan saya.
“Jika saya tidak membuat laporan (polis), perkara ini mungkin akan berlaku terhadap artis lain apabila ada orang lain memperguna nama kami untuk kepentingan masing-masing,” katanya.
Haliza berkata, perbuatan itu hanya menjatuhkan imejnya sebagai pelakon dan penerbit jika si penyamar berkenaan mula melakukan sesuatu yang buruk.
“Saya tidak mahu peminat tertipu dengan si penyamar berkenaan,” katanya.