BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menutup aurat tapi 'telanjang'.

pakai seksi tp stil smayang..

aku rs, bagus lg dari pakai elok2 pun tp x smayang..
bg org cmni, kdg2 x nmpk pentingnya aurat tu,sbb ikut trend.. tp phm yg apa2 pun semayang tiang agama..
mati nnti solat yg utama akan ditanya...

bkn pe, kwn2 housmate n klas akuh pun byk da yg smyang x cukup...
so yg snggup singgah mesjid utk tunaikan solat ni aku rs ckup bgos la, moga2 ms dpn pelan2 berubah plak tang pakaian tu plak..


x mo komen pjg nnti kne hntam plak hua3..

jgn la kate tutup aurat, tapi pakai ketat mcm tight tu yg masalah nya.
trend mejoriti perempuan zaman sekarang;

-pakai baju atas pungung
-pakai jeans ketat nak mampos
-pakai tudung nampak nasik lemak
-baju dah tutup molek,tudung dah tutup molek,tapi baju pulak jarang nak lagi mampos:o

agak2 lulus tak dalam islam?

LU PIKIR LA SENDIRI (sape mkn cili, die la terase pedas:eek:)

tak perlu la persoal yg bertudung lagi molek ke tak, semayang cukup ke tak, yg penting yg salah tetap salah. aku cakap ni pun sebab kalo aku tegur org sekeliling aku, pasti melenting nak mampos.nasib baik tak mampos.
 
tp nafsu sy seronok tgk perempuan pakai mcm tu. free je mereka bg sy tgk. ntah la. mungkin mereka murah hati kot.
 
pakai seksi tp stil smayang..

aku rs, bagus lg dari pakai elok2 pun tp x smayang..
bg org cmni, kdg2 x nmpk pentingnya aurat tu,sbb ikut trend.. tp phm yg apa2 pun semayang tiang agama..
mati nnti solat yg utama akan ditanya...

bkn pe, kwn2 housmate n klas akuh pun byk da yg smyang x cukup...
so yg snggup singgah mesjid utk tunaikan solat ni aku rs ckup bgos la, moga2 ms dpn pelan2 berubah plak tang pakaian tu plak..


x mo komen pjg nnti kne hntam plak hua3..

Aku pun kengkadang pelik tul ler ngan pemikiran korang nih. Memang ler sembahyang tu wajib, tiang agama. Tapi masalahnya soalan Mungkar dan Nakir tu esok ada banyak. Kalau soalan bab sembahyang tu korang lulus tapi bila soalan bab berpakaian tu korang fail, kan kena libas jugak. Sama jugak yg menutup aurat, bab berpakaian korang lulus tapi bab berpuasa korang fail, pun kena libas jugak. Hukuman tuhan tu takde kompromi, bukan cam undang2 buatan manusia, bole sikit lebih kurang. Cuba bayangkan ok, kalau korang berpakaian camtu, masuk masjid lalu depan jemaah yg tengah nak semayang, walaupun dengan niat nak semayang, tapi fokus jemaah dah terletak pada korang, semayang tak khusyuk so siapa tanggung dosa? Memang jemaah tanggung dosa mereka sebab tak khusyuk, tapi yg membawa kepada ketidakkhusyukan tu siapa? Anasir luaran. So daripada takde dosa tetiba dah datangnya dosa, adil tak keadaan tu?Pastu masa korang masuk masjid tu tak terpikir ke yg keadaan korang tu sedikit sebanyak boleh menggugat fokus jemaah yg berada kat situ?
 
tp nafsu sy seronok tgk perempuan pakai mcm tu. free je mereka bg sy tgk. ntah la. mungkin mereka murah hati kot.

Bro, mmg sekarang nih kau akan rasa seronok tengok 'persembahan' yg camtu, tapi kau tunggu lagi 30 tahun akan datang bila kau dah ada anak perempuan. Aku yg sekarang nih walaupun ada anak perempuan yg berumur 2 tahun setengah pun dah risau apa akan jd pada dia 20 tahun akan datang..Aku cukup takut kalau aku tak mampu nak bagi didikan yg sempurna pada dia.
 
penah la satu ari tu akku gi kt jaya jusco kt ipoh..aku pn usha r sorg awek yg jual kt kiosk tu..mmg terserlah keayuannya ngn bertudung..pakai bju kebaya moden..xderlah ketat sgt..still ok..tup2 bru terperasan yang kebaya dia pakai tu(kebaya mmg jarang) dia xpakai singlet..so aku pn ternampaklah baju kecik dia..iskh2..rosak mata aku..bak kater org kg aku see thru...nilah anak2 zaman skang..
 
yg bg komen dum dam dum dam tp awek masing2 pun cmtu gak kot..:-?:-?
 
Salam semua. Terdetik kat hati aku nih nak bertanya sbb tadi aku gi jemaah Zohor kat Masjid Jamek KL tu. Tak tau ler kalau ada CGrian kat sini pun ada gi sana tadi. Masa aku tengah nak semayang sunat sementara nak menunggu azan Zohor, aku nampak kelibat 3 org gadis sedang berjalan menuju ke bilik jemaah pompuan. Yg menjadi isu kat sini, ketiga2 nyer mmg menutup aurat iaitu siap bertudung tapi bertudung stail moden, pastu baju T ketat ngan seluar jean ketat gila. Aku pun 'terkesima' kejap melihat keindahan ciptaan tuhan nih. So yg menjadi persoalannya, kat pintu masuk tadi aku tengok ada papan tanda mengatakan kalau nak masuk masjid nie kena tutup aurat. Kena pakai tudung bagi yg pompuan. Tak dibenarkan pakai skirt atau seluar pendek. Yg tu aku amat bersetuju sbb bab aurat kan.. Tapi bagi kes nih, aku nengok memang diorang tutup aurat pun tapi cam 'telanjang' ler pulak. Sbb apa aku cakap gitu, sbb aku perhatikan ada diantara jemaah yg sedang berwirid siap menoleh pada diorang. Tak tau ler 'terkesima' jugak ke...Pada aku mmg seksi jugak ler..Aku paham diorang nak menjalankan tuntutan ibadah menghadap yg Esa cuma entahlah...cuma yg aku tau lepas diorang ada dlm bilik sembahyang wanita aje baru diorang sarungkan telekung.
Katalah aku yg jadi jaga kat masjid tu, pastu aku tahan diorang tak bagi masuk masjid oleh kerana 'keseksian' diorang, boleh ke? Pastu kalau diorang saman aku sbb menghalang diorang masuk masjid untuk beribadah sedangkan diorang 'menutup aurat', apa yg aku perlu kata utk menyangkal dakwaan tu. Saja je nak mintak korang pikir2kan..Bukan apa, kalau pemandangan camnie aku tengok kat shopping complex aku tak kisah sgt tapi kat dlm masjid nih... Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak...

kamu sudah nampak...

kamu sudah tahu benda itu salah...

kenapa kamu tidak tegur? tetapi kenapa kamu hanya menegur didalam forum sahaja?

"Siapa saja diantara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya. Jika ia tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah selemah-lemahnya iman."

Inilah Islam pada akhir zaman...
 
assalamualaikum.

pada aku kita tak perlu la judge sesiapa hanya melalui apa yang kita nampak dgn mata kita ni. kalau pun orang tu nampak jahat pada pandangan kita tak semestinya jahat di sisi allah.
aku bukan sokong orang2 yang tak melaksanakan hukum dgn cara yang betul. cuma kurang setuju dgn cara kebanyakan orang yang aku jumpa, yang suka sangat judge orang based on first impression.
tak perlu nak halang siapa2 pun masuk masjid. semua orang ada hak untuk pergi ibadah. at least kalau mereka yang kau sebutkan ni berdosa sebab berpakaian yang mencolok mata, pahala berjemaah still boleh dapat jugak. mana tau hidayah sampai masa diorang berjemaah.

Tolong betulkan saya jika saya salah... Mungkin hidayah tu boleh diorang dapat masa berjemaah tu... bukan nak judge tapi nak kongsi pendapat n ingat mengingat dlm forum ni. sy bukan bermaksud kalau xde forum ni kita xde saluran lain untuk ingat mengingat, tapi forum ni pun 1 saluran juga, dapat mengumpulkan sesiapa sahaja untuk berkongsi maklumat. setidak-tidaknya yg lupa tu dapat mengingat dalam penjagaan aurat wanita. inilah puncanya bile sudah terbiasa dgn budaya bukan Islam, org mengatakan seolah2 kita meringan2kan soal penutupan aurat dan jadikan isu lain contohnya untuk cuba menutup minda orang supaya terlupakan seketika tentang penutupan aurat tadi. yg salah tetap salah, adakah jika telah mendapat hidayah, dosa tidak tutup aurat tu boleh hilang?. ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN... Tp tak bermakna kalau belum dapat hidayah, kita boleh mengabaikan soal menutup aurat. Mungkin ada sesetengah kita atau mengenai isu perempuan berpakaian ketat tadi, mereka cuba untuk berusaha mendapatkan hidayah dari ALLAH, dan hidayah ALLAH itu hanya atas kehendakNYA sahaja. "ALLAH tidak akan mengubah manusia itu selagi mereka tidak berusaha untuk mengubahnya..." Sama2 lah kita semua disamping mencari hidayahNYA berusaha untuk mendapatkannya... Mulakan dengan keluarga kita dahulu...#:-S
 
Back
Top
Log in Register