BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menu RMT Kini Lebih Kenyang!

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836

Menu RMT kini lebih kenyang!​


Pengusaha kantin sebelum ini terpaksa kurangkan saiz untuk tampung kos​


authorDefault.png
FARAH SHAZWANI ALI

16 Oktober 2022 07:00am
Masa membaca: 3 minit

1946057.jpg


Kira-kira 7,300 pengusaha kantin sekolah rendah yang terlibat dengan RMT dan kenaikan harga dijangka memberi manfaat kepada lebih 800,000 murid sekolah rendah. Gambar kecil: Khairuddin


SHAH ALAM - Pengusaha-pengusaha kantin yang terlibat dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid sekolah akan berusaha memenuhi menu dan spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini selepas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Bajet 2023 baru-baru ini mengumumkan kenaikan kadar untuk makanan program RMT berkuat kuasa bulan ini membabitkan peruntukan RM777 juta.

Kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kenaikan ini amat dinantikan kira-kira 7,300 pengusaha kantin sekolah rendah yang terlibat dengan RMT dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 800,000 penerima RMT.

Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Khairuddin Hamzah berkata, seiring dengan kenaikan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada memberi ingatan kepada pengusaha kantin supaya mengikut menu dan spesifikasi tersebut.

Bagaimanapun katanya, isu di sini bukanlah mereka perlu menambah menu tetapi perlu mengikut apa yang disarankan KPM.

“Selama ini, ada pengusaha kantin yang terpaksa mengurangkan kuantiti hidangan. Contohnya, nasi yang perlu disediakan adalah 80 gram tetapi ada pengusaha kantin yang meletakkan separuh daripada itu, dengan alasan harganya tidak mencukupi. Menu ayam pula, daripada 50 gram, ada yang terpaksa mengurangkan kepada 30 gram,” katanya.

Menurutnya, meskipun kerajaan telah menaikkan kadar sebanyak RM1 seorang, pengusaha kantin boleh mengembalikan saiz dan spefikasi makanan yang ditetapkan tetapi tidak boleh menambah menu kerana masih berdepan kos bahan mentah, pengurusan, bekas makanan dan gaji tukang masak yang tinggi.

Ada sesetengah pihak berpendapat, daripada RM2.50 naik ke RM3.50, kita perlu menambah sesuatu di situ, sedangkan apa yang kita perjuangkan selama ini, harga itu tidak memadai dengan nasi yang berlaukkan ayam, sayur dan buah dengan harga RM2.50 sahaja.

“Kalau kita lihat, buah yang diminta itu sesetengah menu termasuk sebiji epal. Harga epal sebiji di pasar raya borong ialah 80 sen ke RM1.20. Itu sahaja sudah hampir separuh daripada bajet RM2.50,” katanya kepada Sinar Ahad.

Khairuddin berkata, harga RM3.50 sebenarnya masih lagi di bawah harga pasaran kerana kos bagi setiap menu dianggarkan berharga RM4.

“Jadi, kalau ada sesetengah pihak mendesak kita menambah menu, ia sangat kurang relevan sebab selama ini dengan harga RM2.50 pun, ada ramai pembekal yang menarik diri.

“Selama ini, kalau sekolah itu ramai murid dan penerima bilangan RMT tak ramai, biasanya pengusaha kantin tutup mata sahaja. Hasil jualan tunai daripada murid-murid biasa itu akan diserap untuk tampung kos RMT.

“Tapi bagi sekolah yang muridnya tak ramai tetapi penerima RMT ramai dan sekolah-sekolah luar bandar yang boleh dikatakan 100 peratus murid di sekolah itu penerima RMT, biasanya pengusaha kantin menghadapi masalah.

“Kalau kita lihat sekarang ini, sekolah-sekolah kategori ini masih lagi bermasalah walaupun harganya dinaikkan ke RM3.50 kerana ia masih lagi di bawah harga pasaran. Tapi bagi sekolah-sekolah di bandar, ia sangat menggembirakan kerana sangat mengurangkan beban,” ujar beliau.

Tambah Khairuddin, bermula pada awal tahun ini juga, KPM telah mengeluarkan menu air coklat yang sepatutnya disediakan bersama makanan RMT kerana kenaikan kos melampau menyebabkan ramai pengusaha kantin menarik diri.

Sinar Harian
 

Menu RMT perlu lengkap nutrisi diperlukan kanak-kanak​


authorDefault.png
DIANA AZIS

16 Oktober 2022 08:00am
Masa membaca: 2 minit

1946133.jpg


Menu penyediaan makanan RMT di sekolah perlu mengandungi nutrisi lengkap dan seimbang bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak. Gambar hiasan 123rf (Gambar kecil: Nurul Shazini (kiri) dan Nor Ainy


SHAH ALAM - Menu penyediaan makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah perlu mengandungi nutrisi lengkap dan seimbang bagi menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nurul Shazini Ramli sehubungan itu berkata, penyedia makanan yang terlibat perlu memahami keperluan tersebut bagi mengimbangi hidangan sihat.

“Paling penting pengusaha kantin perlu memastikan menu disediakan mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah sumber kepada serat. Jumlah karbohidrat yang disediakan perlu betul. Ada sayur dan buah seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua nutrisi diperlukan.

“Perlu diingatkan, nutrisi lengkap penting untuk kesihatan badan dan jumlah untuk kanak-kanak berlainan jika dibandingkan dengan orang dewasa dan warga emas,” jelasnya kepada Sinar Ahad.

Nurul Shazini berkata, keperluan kalori harian setiap kanak-kanak juga berbeza namun bagi penyediaan menu RMT, ia disajikan mengikut keperluan nutrisi yang disyorkan KKM.

“Mungkin kanak-kanak bila makan di rumah tidak cukup protein, tak makan sayur, tiada pelbagai sumber. Tetapi dalam menu makanan RMT, ia merupakan antara cara untuk memastikan mereka terutamanya yang tiada peluang mendapatkan nutrisi lengkap, menerima manfaat tersebut,” katanya.

Sementara itu, pakar sekuriti makanan, Profesor Madya Dr Nor Ainy Mahyudin mengingatkan pengusaha kantin supaya sentiasa memastikan makanan yang disediakan selamat untuk dimakan oleh murid sekolah.

Ini kerana, katanya, kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit berkait makanan sekiranya tidak bersih.

“Aspek kebersihan bermula dari proses penyediaan makanan. Semasa makanan itu dihantar ke kantin, pastikan juga kenderaan yang digunakan dalam keadaan bersih agar makanan tidak mudah terdedah kepada bakteria.

“Suhu negara kita panas, amat mudah untuk bakteria membiak. Cara pembungkusan dan penyimpanan makanan sebelum dihantar kepada murid perlu dipastikan bersih bagi mengawal pembiakan bakteria,” katanya.

Sinar Harian
 

Cuba pelbagaikan menu RMT​


Kenaikan harga beri peluang kepada pengusaha kantin tambah baik menu​


authorDefault.png
DIANA AZIS

16 Oktober 2022 08:30am
Masa membaca: 2 minit

1946085.jpg


Nasi putih bersama kari ayam, hirisan timun dan sepotong epal merah. Gambar kecil: Muhamad Alif dan Nurul Iziaty


SHAH ALAM - Keputusan kerajaan menaikkan kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah memberi peluang kepada pengusaha kantin terlibat untuk menambah variasi menu yang disediakan.

Pengusaha kantin di sebuah sekolah di Sekinchan, Selangor, Muhamad Alif Roslan berkata, walaupun kenaikan hanya RM1, pihaknya akan cuba mempelbagaikan jenis masakan terutama sayuran.

“Saya telah menyediakan set makanan sihat pada harga RM2.50 mengikut perjanjian tender bersama pihak sekolah dan dipersetujui perlu ada menu wajib lengkap sumber karbohidrat, protein, sayur dan buah.

“Kenaikan harga RMT daripada RM2.50 kepada RM3.50 adalah satu bonus dan secara tidak langsung memberi peluang kepada kami untuk menambah baik menu sedia ada.

“Mungkin selepas ini saya akan variasikan masakan sayur seperti kacang panjang tumis atau kubis tumis,” katanya kepada Sinar Ahad.

Muhamad Alif bagaimanapun berkata, buat masa ini menu sedia ada akan dikekalkan.

Menu sedia ada, contohnya nasi putih bersama kari ayam dan nasi kuning ayam goreng akan dikekalkan sepertimana saya buat sebelum ini.

“Untuk menambah menu baharu, saya fikir belum sampai masanya lagi memandangkan banyak kekangan seperti kenaikan harga barangan yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

1946086.jpg


Nasi kuning bersama ayam goreng, sedikit sos, hirisan timun dan sepotong buah oren.


Pengusaha kantin di Gambang, Pahang, Nurul Iziaty Zainal Azeman pula berpandangan, kenaikan RM1 bagi menu RMT tidak memberi sebarang perubahan terlalu ketara kepada menu yang disediakan kepada murid sekolah.

“Kenaikan tersebut ibarat pulang modal terdahulu ketika menu berharga RM2.50. Sebagai contoh, kami perlu menyediakan menu asas seperti nasi, ayam, air dan buah.

“Modal untuk satu hidangan nasi adalah RM1, lauk untuk sepotong ayam juga RM1, air berperisa atau mineral 50 sen dan jumlahnya sudah mencecah RM2.50. Kami perlu sediakan sepotong buah,” jelasnya.

Sinar Harian
 
Sembang kat atas epal sebijik, kat dalam gambar tu letak epal potong sepuluh.
 
Back
Top
Log in Register