BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Menteri Undi Pos" tidak dilayan - Wee

dragons

Super Active Member
Messages
7,611
Joined
Nov 5, 2007
Messages
7,611
Reaction score
1
Points
65
"Menteri Undi Pos" tidak dilayan - Wee

Abdul Halim Mohd Rashid

Fri | Mar 28, 08 | 4:31:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - 10 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur mengambil keputusan tidak akan akan melayan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menyatakan, keputusan itu dicapai dalam pertemuan wakil-wakil rakyat tersebut Selasa lalu.

Keputusan itu dibuat kerana Zulhasanan bukanlah orang yang selayaknya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan kerana beliau adalah Ahli Parlimen "pembangkang" di Wilayah Persekutuan, kata beliau yang juga seorang peguam terkenal.

Sehari kemudiannya, menurut Wee, pejabat Zulhasnan menghubungi sekretariat 10 wakil rakyat KeADILan, DAP dan PAS itu serta menyatakan keinginan Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk bertemu mereka pada 4 April akan datang.

Zulhasnan adalah satu-satunya calon dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Lebih dari itu, Zulhasnan hanya bergantung kepada undi pos untuk memenangi kerusi Parlimen Setiawangsa. Oleh itu, beliau sepatutnya dilantik sebagai 'Menteri Undi Pos'!" katanya lagi.

Menurut Wee, di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa eksekutif.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur.
 
woooo memang layak post tur...bole kawteem

macam mana pula menteri yang dilantik jadi senator lepas tu jadi menteri...kita panggil dia MENTERI PINTU KECEMASAN boleh?

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
menteri undi pos laju...nnt suruh dia jaga pos opis la..:D
 
aku ada dengar gak cerita dia ni dr pakcik aku yg dok kat wangsamaju ari 2...dia jd petugas spr...dia cakap undi pos dari kem askar kat wangsamaju smua masuk dalam beg setiawangsa....memang menang sebab undi pos la dia ni....:mad:
 
Back
Top
Log in Register