ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Idris Haron
AYER KEROH - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menafikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan beberapa delegasi asing terkena keracunan makanan.
Ia selepas terdapat aduan sebelum ini memberitahu beberapa delegasi mengalami keracunan makanan selepas menikmati jamuan makan malam sempena Mesyuarat Ke-13 Majlis Komuniti Sosio Budaya Asean (ASCC) yang diadakan di negeri ini, Mac lalu.
"Saya pun terperanjat selepas menerima laporan ini sehinggakan saya menelefon sendiri menteri dan beberapa tetamu yang hadir bertanyakan khabar.
"Nazri juga sudah memberikan surat bahawa beliau tidak sakit seperti dilaporkan sebuah akhbar.
"Tiada keracunan makanan dan tiada pasukan perubatan yang menyelamatkan delegasi kerana perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.
Terdahulu, Idris mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang memberitahu dakwaan itu sehingga pihaknya menjalankan proses siasatan kepada premis perniagaan terbabit.
Sebelum ini, beliau turut memberi amaran kepada penyedia makanan yang mengambil sikap sambil lewa dan mengabaikan tahap kebersihan akan berdepan tindakan termasuk disenarai hitam.
Bagaimanapun, pemeriksaan dilakukan jabatan kesihatan mendapati tiada berlaku pencemaran makanan seperti didakwa yang menyebabkan keracunan kepada beberapa delegasi.